Pokok Kelapa Laut

Assalamualaikum,Salam sejahtera semua.Hari ni Kak Sue nak bagi info sikit mengenai pokok  kelapa laut.Pokok kelapa laut Afrika adalah sejenis pokok palma yang juga di kenali sebagai pokok tal,tai dan kaum India menyebut dengan nama Lungu.Nama saintifiknya "Lodoicea Maldivica".Pelbagai mitos dikaitkan dengan buah kelapa laut Afrika ini termasuk mampu menyembuhkan pelbagai penyakit serta penawar segala racun dan mengelakkan sihir.Rasanya sekarang pun dah banyak di tanam di seluruh Malaysia.



Master Gardener dari Perbadanan Putrajaya (PPJ) Mohd Noor Jamallulai berkata di Malaysia terdapat tiga pokok kelapa laut Arika di kenali Pauh Janggi,yang benih nya di bawa masuk dari Sri Lanka.Menurut kata beliau lagi yang di petik dari Kosmo,pokok ini bersifat dioesius,iaitu pokok jantan dan betina adalah berasingan.Suami Kak Sue sendiri ada menanam pokok kelapa laut ini di kawasan rumah kami di Teluk Intan.Pokoknya mengambil masa antara enam hingga tujuh tahun untuk membesar dan menghasilkan buah.



Daun kelapa laut Afrika pula berbentuk seperti kipas,besar dan berduri.Ia boleh juga digunakan untuk membuat kipas,atap rumah,topi,beg dan bakul.Isinya pulak sangat lembut dan manis serta berulas seperti manggis..Anak kak Sue sendiri memang gemar dengan rasa buahnya yang manis buah dan sangat menyegarkan.Kulit buah kelapa laut yang muda boleh dibuat kuih bengkang,dan menurut kata kawan Kak Sue yang berbangsa India,selain membuat kuih kulit kelapa laut Afrika jugak boleh di buat sayur lemak.Macam mana rasanya agaknya ye.Kak Sue pun sebenarnya tak cuba pun lagi ehehe..Okay lah setakat ini saja info kali ini,nanti kalau ada info yang lain Kak Sue up date lagi ye..Jumpa lagi..papaii!!



Post a Comment

4 Comments

  1. uniknyaa dalam kelapa tuu

    ReplyDelete
  2. kannnn..macam muka orang pun ada..

    ReplyDelete
  3. Kat mana ada jual benih pokok kelapa laut ni?

    ReplyDelete
  4. Kaat mana ada jual benih pokok kelapa laut ni?

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️