Assalamualaikum, selamat pagi semua kawan-kawan. Semoga semuanya sentiasa dalam rahmat Allah. Sempena hari guru hari nie Kak Sue nak ucapkan selamat hari guru untuk guru di seluruh Malaysia, jasa guru semua akan tetap dikenang. Pagi nie Kak Sue nak kongsi resepi Puding Susu Longan. Sebenarnya resepi Puding Susu Longan nie Kak Sue dah ubah sikit dari resepi asal tau, tapi sikit aja. Jom kita tengok resepinya ya
Puding Susu Longan |
Resepi Puding Susu Longan
Bahan-bahan :10 gram Agar-agar serbuk
1 cawan Gula
1 liter Air (boleh di kurangkan kalau suka )
1 tin Susu Cair
1 tin Buah Longan
Cara-cara :
Masak agar-agar dan air hingga mendidih
Masukkan gula dan kacau hingga hancur
Masukkan air longan,sikit je..kemudian masukkan susu cair
Kacau dan bila mendidih sikit tutup api
Tuangkan ke dalam loyang,basahkan loyang dulu sebelum tuang adunan tu ya
Kemudian sejukkan dalam peti ais,dan hidangkan bersama buah longan tadi
Puding Susu Longan |
4 Comments
Buah Longan ini bahasa inggrisnya apa ya? salam kenal dari blogger indon
ReplyDeleteHmmm...cocok untuk menu berbuka puasa. puding Longan nan segar
ReplyDeleteAs Salam..maaf lambat reply,saya tak pasti pulak..salam kenal..ya sangat Cocok utk berbuka..sila cuba ya.. :)
ReplyDeleteLongan tu english.buah mata kucing
ReplyDeleteTerima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️