Puding Roti Kukus

Assalamualaikum, selamat petang semua kawan-kawan. Lama jugak tak menjengah ke blog saya yang tak seberapa nie. Harap semua sihat dan sentiasa dalam lindungan serta rahmat Allah. Setelah sekian lama menyepi dalam dua,tiga hari nie datang pulak mood nak mencuba resepi nak memasak akibat kebosanan tahap gaban melanda.. ehehehe.. Jadi petang nie saya nak kongsi resepi yg saya ambil dari Blog Cahaya Hidupku .Tq ya dear resepinya.. Jadi marilah kita tengok resepinya..

Resepi Puding Roti Kukus
Puding Roti Kukus

Resepi Puding Roti Kukus

Bahan-bahan :
4 keping roti di potong kecil
1 tin susu cair (375ml)
2 biji telur
4 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu besar butter
sedikit kismis

Cara-cara :
Masukkan gula,telur dan esen vanila di dalam bekas dan kacau hingga rata
Masukkan susu cair dan kacau adunan hingga sekata
Sapu butter pada roti dan susun dalam loyang
Tuang adunan ke atas susunan roti dan tabur kismis
Kukus dengan api sederhana selama 20~25 minit
Selepas di kukus, sejukkan di dalam peti sejuk sebelum di hidangkan..


Selamat mencuba..

Post a Comment

2 Comments

  1. Salam kenal! Blongnya keren dan enak;)! Saya lihat bahwa Anda upload banyak foto makanannya. Apa Anda mau mengembangkan blognya lagi?
    Kunjungi page kami di: www.kumpulbagi.com Semuanya gratis, cepat dan tanpa limitasi. Anda bisa upload sebanyak files (audio, video, pdf, jpg, dll.), membuat koleksi berkas dan bagikan dengan lainya. Coba servis kami tanpa registrasi :)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️