Resepi Cheese Cake Chef Afendi

Assalamualaikum, hai semua. Salam sejahtera untuk kawan-kawan semua. Terima kasih pada kawan-kawan yang sudi datang singgah Blog Kak Sue yang tak seberapa nie. Kali nie Kak Sue nak kongsi Resepi Cheese Cake dari kawan lama Kak Sue dan Abang Man. Kawan masa kami bekerja satu bumbung dulu di salah satu restoran Italy yang top waktu tu, chewah! Jom lah kita tengok resepi Cheese Cake Chef Afendi nie jom..

Resepi Cheese Cake Chef Afendi
Resepi Cheese Cake Chef Afendi

Resepi Cheese Cake Chef Afendi

Resepi Cheese Cake nie Kak Sue dapat dari Chef Afendi, kawan baik dan kawam satu tempat kerja Abang Man dulu. Abang Man masa bujang pernah bekerja sebagai salah seorang Chef kat salah satu restoran top kat Jalan Sultan Ismail zaman 1990an dulu. Kalau nak tau kat situ lah Kak Sue dan Abang Man berkenalan..

Kak Sue masa tu bekerja sebagai juruwang atau cashier kat tempat yang sama. Entah macamana boleh terlekat pula dengan Abang Man tetiba. Dah namanya jodoh kan, kenal tak lama terus kami ambil keputusan bertunang dan selepas setahun tu bernikah. 

Masa bertunang tu Kak Sue dah berhenti kerja dari situ dah, gigih mencari kerja kat tempat lain kononnya, tapi tak ada rezeki sampai lah kami bernikah. Terus lah Kak Sue tak bekerja sampai lah sekarang. Jadi surirumah sepenuh masa.

Saja lah Kak Sue minta resepi Cheese Cake memandang si Kakak suka sangat dengan Cheese Cake. Jadi lain kali kalau terasa teringin nak makan, boleh lah Ibu buatkan untuk Kakak dah. Okay lah, cuma lah tu mengenang kisah lama dan tak nak bebel panjang lagi, jom lah Kak Sue kongsi bahan dan cara nak buat Cheese Cake nie jom..

Cheese Cake

Bahan :
500 gram Cream Cheese
137.5 gram Gula aising              
23.5 gram Tepung jagung
2 biji Telur
22 gram Susu segar
125 gram Whipping cream
3 nos Air lemon

Meringue:
70 gram Telur putih
70 gram Gula kastor

Sugar Dough (tapak kek)
500 gram Sugar dough (Kak Sue kurangkan)
150 gram Butter

Appricot Glaze
100 gram Air
100 gram Appricot
50 gram Gula
50 gram Glukos

Cara :
Untuk Sugar dough
Kak Sue gunakan 250 gram biskut, hancurkan dan di gaulkan dengan butter,biarkan sejuk dalam peti ais.

Untuk Cream Cheese
Putar cream cheese dan gula aising hingga kembang
Kemudian masukkan tepung jagung, putar lagi dan masukkan telur satu persatu
Kemudiam masukkan susu segar, putar lagi dah agak sebati masukkan whipping cream dan akhir sekali masukan perahan lemon.

Di bekas lain
Putar telur putih dan gula putih sehingga menjadi soft peak, untuk dapatkan meringue.

*campurkan kedua-dua bahan ini, gaul sebati*

Masukkan bancuhan cheese ke dalam loyang yang berisi sugar dough tadi dan bakar pada suhu 150C selama I jam.
Biarkan sejuk, boleh lah sapu apricot glaze di atas cheese kek tu tadi.
Sedia untuk dihidangkan.

Korang juga boleh cuba Resepi Kek Red Velvet Cheese

Post a Comment

0 Comments