Kek Mentega



Assalamualaikum,Selamat malam kawan-kawan...Kak Sue rasa tak berapa sihat dua,tiga hari nie..maklumlah dengan cuaca yang tak menentu..kejap panas,kejap hujan.Tido pun tak menentu masa akhir sekali selsema dan sakit tekak sekali pakage batok..seksanya lah..tunggu nak demam ja nie..harap kawan-kawan semua jaga diri ya,minum banyak air kosong.okay lah malam nie Kak Sue nak share resepi seperti biasa,Kek yang simple jugak,dan merupakan kegemaran Mak Tersayang..resepi nya Kak Sue ambik dari blog Che Mat Gebu iaitu Kek Mentega,Kak Sue ambik ye resepi nya ye Che Mat ...mari kita tengok resepinya dan cara membuatnya...


Kek Mentega~Che Mat Gebu
Bahannya:
125 gram Mentega berkualiti tinggi (Che Mat guna Anchor)
90 gram Gula kastor
125 gram Tepung gandum
1 sudu teh Baking powder (*di satukan dan di ayak)
1 sudu teh esen vanila (Che Mat guna butter vanila)
2 sudu besar Susu Cair
Badan keping untuk hiasan
Dusting powder @ Gula Aising untuk hiasan

Caranya
Panaskan oven pada suhu 175C (api bawah sahaja)lenser tinbulat berukuran 7 incidengan mentega.Alas dasar tin dengan kertas minyak,lenser jugak kertas tadi.Ketepikan.
Putar mentegadan gula kastorhingga gula hancur dan bancuhan menjadi putih.masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga adunan kembang.Jarak masa sebelum di masukkan telur dalam adunan ialah 1 minit.
Pada kelajuan perlahan,masukkan tepung berselang seli dengan susu segar.Putar rata.Akhir sekali tambah esen vanila.Gaul rata dengan spatula.
Tuang dalam tin,ratakan dan  kepingan badam dan bakar selama 1 jam (sebab Che Mat guna acuan berlubang tengah,masa membakar kurang lebih 50 minit),lepas 45 minit,bakar kek tadi dengan api atas dan bawah,guna suhu yang sama.Bila kek masak,sejukkan sekejap dan keluarkan dari acuan.Biar sejuk sebelum di hidangkan...


~Selamat Mencuba..~Papai..

Post a Comment

0 Comments