Pokok Kelapa Laut Tanam Sendiri

Assalamualaikum, hai semua. Kali nie nak bercerita Pokok Kelapa Laut Tanam Sendiri pula dengan korang. Semalam pagi Kak Sue dan keluarga balik ke kampung Tanjong Keramat, Teluk Intan. Nasib baik waktu Kak Sue balik tu tak ada lah jem sangat walaupun banyak kereta juga lah kat jalan. Pagi nie, bila nak bersiap balik, Kak Sue sambil intai-intai kat luar rumah, ehh.. besar dah pokok Kelapa Laut yang Abang Man tanam sendiri hari tu..


Kak Sue pun keluar lah nak tengok Pokok Kelapa Laut tu dari dekat, rupanya ada anak pokok dah tumbuh sebelah pokok yang dah besar tu. Sebenarnya pokok Kelapa Laut nie, senang aje nak tanam. Kalau korang campak kat tanah pun dia hidup, tapi kalau dah ada cambah atau dah naik tunas, kita dah tak boleh nak dah ubah pokok tu. Sebabnya akar pokok Kelapa Laut nie jenis akar tunjang, panjang ke dalam tanah. Kalau nak ubah juga kena korek ke dalam baru boleh ubah, tu pun tak tau hidup ke tak pokok tu. Kami belum pernah buat lagi..



Lagi satu pokok Kelapa Laut nie, tak susah nak jaga pun. Bila kita dah tanam, kita cuma pastikan letak baja dan perlu bersihkan pelepahnya sahaja. Lebih kurang macam jaga pokok kelapa sawit juga caranya. Tak ada lah semak kan, bukan apa kalau dah semak tu ada benda lain pula kat situ..

Untuk info korang juga, pokok Kelapa Laut nie  mengambil masa enam hingga tujuh tahun untuk berbuah. Entah Kak Sue dan Abang Man ada lagi ke tidak lah masa tu, tapi tak apa lah anak-anak boleh teruskan lah apa yang kami dah buat setakat ini.. bunyi cam sedih gitu ya..



Bukan apa, senang lah nanti anak-anak kami kalau putus stok buah, boleh lah ambil kat pokok sini. Daun nya pun cantik macam kipas besar, kalau rajin dan pandai memacam boleh buat. Siap ada yang buat untuk rawatan tradisional lagi. Harapnya balik ke kampung lagi sekali, pokok Kelapa Laut makin membesar dan sihat bagai johan lah kan. Jumpa lagi next entri ya papai..!


Post a Comment

2 Comments

  1. Assalamualaikum puan. Semoga sihat sihat selalu. Boleh tak saya nak beli beberapa helai daun kelapa laut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam, terima kasih.. doa yang sama untuk awak juga ya. Boleh terus wasap 012 5854998 dulu ya..

      Delete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️