Kelapa Laut Man Java 2015 - Pasar Ramadhan BTP


Assalamualaikum semua,sudah tiga hari kita berpuasa hari nie baru Kak Sue berkesempatan nak kongsi Pasar Ramadhan di Bandar Tasik Puteri,Rawang tempat Kak Sue berniaga sepanjang bulan Ramadhan nie.Bermula selepas Zohor kami dah mula menyediakan barang-barang untuk berniaga sehingga lah ke Asar nanti.Gerai minuman Kak Sue menyediakan pelbagai pilihan air buah-buahan,antaranya Kelapa Laut Man Java,Kelapa Muda,Kelapa Muda Lemon, Kedondong Asam Boi dan Tembikai selain dari itu ada Bandung Jelly Teh Bunga dan juga Oren Sunquick ,jangan tak tau ye Oren Sunquick mendapat sambutan hangat juga walaupun bak kata orang boleh bancuh sendiri kat rumah,ada regular customer lagi tau..ehehehe..




Tahun nie kami tak buat Air Daragon Fruit memandangkan harga nya yang agak mahal,malas la nak cakap pasal harga nie,nanti sakit hati jadi marah,bila marah nak meroyan..hilang pahala puasa..hahahaa!!Sabarkan je la wahai hati..



Pada kawan-kawan yang berdekatan dengan kawasan Bandar Tasik Puteri,Rawang jom la singgah ke sini.Ada beberapa pilihan menu lain seperti gerai kuih muih,lauk pauk,pelbagai pilihan gerai minuman air yang lain dan antara yang menjadi pilihan Kak Sue Gerai Tepung Pelita Paya Jaras yang rasanya semua dah sedia maklum kesedapannya dan juga Gerai Kuih Muih Nora semua kuih muih di sediakan di tapak pasar Ramadhan tau,panas-panas gitu..memang terbaik!!Selamat menjalankan ibadah berpuasa semua dan jangan membazir ketika berbelanja ye..<~~~~ ingatan utntuk diri Kak Sue jugak...papaii!!!

Post a Comment

2 Comments

  1. Assalamualaikum kak su ! Lama tak singgah sini t.t . Salam Ramdhan Kareem . Semoga ramadhan kali ni lebih dimanfaatkan dengan amalan2 yang baik2. Selamat nerpuasa. MashaAllah sedapnya nmpak air tu. haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam Ain,itulah memasing sibuk kan..Salam Ramadhan Ain..aamiin..hahaha..meh la datang sini..

      Delete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️