Masak Lemak Tempe Bersayur

Assalamualaikum semua,hari nie masak apa pula untuk berbuka?Kak Sue suka resepi yang mudah dan cepat di sediakan,sebab nak kejar masa kan.Kalau boleh dah siap masak tu,boleh la merehatkan sekejap badan,sebelum Kak Sue keluar ke Pasar Ramadhan nak tolong Abang Man meniaga.Kadang tu memang dari pagi memikir nak masak apa,tapi tak datang-datang juga idea nya..Nasib baiklah Abang Man dan anak-anak jenis tak banyak kerenah,mudahlah sikit kerja Kak Sue.Okaylah hari nie Kak Sue nak kongsi resepi Masak Lemak Tempe Bersayur pula,mari kita tengok sama-sama resepinya ye.. 

Masak Lemak Tempe Bersayur
Resepi: Kak Sue
Bahan2nya:
2 peket tempe~di potong kecil dan di goreng separuh masak
100 gram kacang buncis
1 batang lonak merah
1/2 biji kobis
11/2 biji bawang besar~di kisar
4 biji bawang putih~di kisar
1 inci halia~di kisar
12 biji cili padi
1 kotak santan KARA
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 batang serai
Minyak untuk mengoreng
Garam secukup rasa

Cara2nya:
Masukkan bahan yang telah di kisar kedalam periuk bersama satu kotak santan,serbuk kunyit dan 2 cawan air
Biarkan santan mendidih dan masukkan serai yang telah di ketuk (sentiasa kacau masakan tu ye nanti santan pecah minyak tak sedap dan tak cantik kuahnya)
Kemudian boleh la masukkan lobak merah,selepas agak lembut lobak merah boleh lah masukkan tempe dan sayur-sayur yang lain
Biarkan mendidih sekejap,masukkan garam secukup rasa.
Dah pun siap..

~Selamat Mencuba..~Papai!!

Post a Comment

1 Comments

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️