Reunion SEDAKA '90 2015

Assalamualaikum semua,hari nie Kak Sue nak kongsi cerita mengenai majlis Reunion bekas pelajar Sekolah Menengah Dato Kamarudin (SEDAKA) Batu Kurau Taiping Perak yang di adakan pada hari raya ketiga tempohari.Majlis bermula selepas isyak,tapi bermula lepas asar ada antara AJK yang dah datang memasak,menyusun atur tempat duduk untuk rakan-rakan yang akan datang nanti.Kak Sue di tugaskan untuk menyediakan air minuman untuk majlis nie,tapi agak lambat sampai sebab terperangkap dalam 'jamed' di jalan masuk ke kampung Kak Sue,tapi Alhamdullilah sebelum majlis bermula kami dapat siapkan semua,seperti yang di rancangkan.

Selesai solat magrib,nampak ramai kawan-kawan dah mula datang mendaftarkan diri.Selepas daftarkan diri masing-masing di hadiahkan dengan door gift yang telah di sponsor oleh kawan-kawan SEDAKA '90..Terima kasih pada saudara Azman dan Norihan.






Pihak AJK juga mengadakan 'game' untuk kawan-kawan yang hadir bagi memeriahkan lagi majlis.Terima kasih pada kawan-kawan yang sporting sangat..dan sudi menjayakan game yang dah di sediakan..
Sekali nama Kak Sue pun naik da..kena kopek petai pakai tangan,lepas tu ada ke suruh kita suap partner kita petai tu..apa lagi ngelat la..hahaha..

Dah selesai game,ucapan dan beramah mesra,sessi bergambar pula sebelum majlis bersurai.Sana sini semua sibuk bergambar kenangan.Maklumlah sesekali berjumpa..


Terima kasih pada kawan-kawan Geng Sedaka semua..door gift dari Reunion Sedaka 2015..
Alhamdullilah,majlis berjalan dengan lancar.Terima kasih pada semua rakan-rakan,semoga kita berjumpa lagi tahun depan.Kak Sue mohon maaf,andai ada salah dan silap semasa majlis berlangsung.Andai ada terlepas pandang rakan-rakan,atau terlupa nama tu,maaf sangat-sangat.Kalau jumpa kat mana-mana tu silalah tegur Kak Sue,kadang tu tak perasan bukan sombong hokay.Selamat Hari Raya semua..jumpa lagi tahun depan,InsyaAllah.Papai..!!

Post a Comment

0 Comments