Assalamualaikum semua,semalam Kak Sue ke The Store,Sungai Buluh ada hal sikit.On the way nak balik tu rasa lapar pulak,kebetulan belum makan dan lalu depan Richman Cafe yang terletak betul-betul di pintu masuk The Store.Kak Sue ajak Abang Man singgah lunch kat sini,dari luar tengok deconya menarik.Tengok pula menu pun macam nak cuba,jadi kami pun masuk ke dalam dan di sambut mesra oleh pelayan kat situ.
Sambil menyerahkan menu,beliau suggestkan beberapa best seller kat situ.Antaranya untuk hidangan nasi ialah Sambal Sotong/Udang/Ayam Petai,Spicy Petai Fried Rice,Kam Heong Prawn.Manakala untuk pilihan mee pula beliau suggetkan kepada kami Kolo Kuew Teow with Hakka Chicken.Kak Sue memilih untuk mencuba Kam Heong Prwan serta nasi putih dan Abang Man pula order Spicy Petai Fried rice,pengemar nasi goreng la katakan.Boleh tahan juga makanan kat sini dan harga pun berpatutan.
Menu pun sangat unik,macam surat khabar pulak ye,tapi Kak Sue sangat..
Menu pun sangat unik,macam surat khabar pulak ye,tapi Kak Sue sangat..
Tekan je kalau nak panggil pelayan kat situ,nanti lelaju je depa sampai tak payah susah-susah nak panggil..senang kan.
Kak Sue order Jus Longan dan Abang Man order soft drink Root Bear,rasa cam lama gila tak nampak jenama nie..
Nasi Goreng Petai Pedas,banyak tau petai depa letak..puas la makan..ehehe..
Kak Sue pula mencuba Kam Heong Prawn dengan nasi putih,suka dok ratah serdak dia tu sedap..
Kalau ada kelapangan atau datang ke The Store Sungai Buluh,boleh la singgah ke sini ye korang,sila la mencuba kat sini.Untuk tempahan pula boleh la hubungi nombor 03 61489282,okay lah sekian dulu untuk kali ini,jumpa lagi... papai!!

0 Comments
Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️