Tips Musim Jerebu

Assalamualaikum,Selamat hari minggu semua.Nampaknya jerebu semakin membimbangkan kat negara kita nie.Hari nie Kak Sue kongsikan tips musim jerebu yang ramai dah orang kongsikan sebelum nie sebenarnya..nie Kak Sue kongsikan lagi ye..Kalau boleh,kita cubalah elakkan aktiviti di luar rumah dan seeloknya banyakkan minum air kosong juga tau.
Untuk anak-anak yang ke sekolah atau yang bekerja tu,seelok-eloknya pakai penutup muka dan kerap basuh muka dan tangan.Kak Sue pun dua tiga hari lepas ada juga kerja kat luar,balik rumah terus rasa sakit tekak dan kepala,nasiblah tak demam.Untuk korang yang selalu berulang alik pergi kerja tu atau anak-anak yang ke sekolah,kalau rasa lain macam tu,cepat-cepat pergi klinik ye.Jangan tunggu lama-lama dan jaga diri bebaik semua ye..papai!!

Post a Comment

0 Comments