Assalamualaikum,selamat malam semua.Hari nie Kak Sue nak bercerita tentang kecantikan muka pula,selalu dok bercerita pasal makan je kan.Kulit Kak Sue nie jenis sangat kering dah tak tau nak buat macam mana.Baru-baru nie Kak Sue singgah ke Body Shop sebab nak belikan hadiah untuk Abang Man,lama betul tak singgah ke sini.Niat nak beli untuk Abang Man je,tapi terjangkit pula barang untuk Kak Sue sekali..hihihi..
Kawan Kak Sue staff kat Body Shop tu cadangkan produk baru Body Shop,Bouncy Sleeping Mask iaitu cream gel malam untuk melicin,menyegarkan dan melembabkan kulit.Kata kawan Kak Sue kulit Kak Sue terlalu kering jadi sesuai la pakai produk nie untuk melembabkan kulit dari dalam dan di perkaya dengan stem cells serta berbagai lagi bahan semulajadi.Body Shop nie menggunakan bahan semulajadi tau,jadi tak perlu bimbang akan merosakkan kulit muka kita.
Cara penggunaan cream gel ini pula,di pakai setiap malam sebelum tidur dan selepas kita pakai toner dan pelembab.Kira kita pakai cream gel nie last sekali untuk barangan penjagaan muka.Kemudian sapukan sikit aje tau kat muka dan mengikut urutan seperti gambar kat atas tu.Mudah je kan ikut setiap step dalam gambar tu.KaK Sue baru je mula pakai beberapa hari tapi rasa kulit muka segar je bila bangun pagi,amat berpuashati.Kalau korang berminat nak mendapatkan cream gel nie,boleh la ke Body Shop yang berdekatan dengan tempat korang.Dengan pembelian seratus ke atas,korang dah layak menjadi ahli dan juga mendapat potongan harga yang menarik.Sekian dulu untuk kali nie,jumpa lagi..Papai!

2 Comments
saya memang peminat body shoppppp kak sue...dulu suka pakai perfume juba tu tp skrg dh tak de hukhuk..rindu bau diaaaa
ReplyDeletekalau masuk Body Shop, memang senang tergoda nak beli. suka perfume ngan lipstick body shop
ReplyDeleteTerima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️