Rahsia Solat Lima Waktu

Assalamualaikum semua,setiap hari macam biasalah kan,yang wajib kita buat ialah makan,mandi,tidur dan yang paling wajib bagi kita adalah solat.Nama pun beragama Islam kan,benda pertama yang akan di tanya saat kita di alam barzah pun adalah solat kita,baik solat dan amal kita InsyaAllah,selamat la kita.
Solat merupakan ibadah yang istimewa sekali sehingga Rasullulah (SAW) di angkat naik ke langit bagi menerima Rukun Islam yang kedua.Hasil dari bacaan Kak Sue,kajian yang dijalankan mendapati ibadat solat menghasilkan keadaan yang tenang kepada otak manusia.Menunaikan solat dengan sempurna dan tertib amat baik dalam mengekalkan tahap kestabilan mental dan emosi seseorang,sebab tu kalau orang yang jaga solat nie kita nampak airmuka mereka tenang je selalu kan.
Kajian solat telah dijalankan oleh Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan,Fakulti Kejuruteraan,Universiti Malaya (UM) di ketuai oleh Prof. Madya Dr Fatimah Ibrahim serta Prof. Dr.Wan Abu Bakar Wan Abas dan Ng Siew Cheok.Dr. Fatimah berkata pergerakan solat yang melibatkan posisi berdiri tegak,rukuk,duduk dan sujud secara tertib dan berulang di umpamakan sebagai senaman ringan.Ia baik untuk kesihatan tubuh badan kita.
Contohnya sujud,keadaan sujud sesuai dengan tarikan graviti yang akan menyebabkan lebih banyak darah mengalir ke otak.Dinding dan urat-urat nadi otak dapat menerima lebih banyak darah berbanding keadaan biasa dan dengan bekalan oksigen yang mencukupi,otak akan menjadi lebih sihat dan cergas.Begitu juga posisi-posisi yang lain,ada kelebihan dalam setiap pergerakan solat
Semasa solat,berhenti seketika sebelum bertukar ke posisi atau tamakninah boleh di katakan seseorang itu berada dalam ketenangan.Solat juga jelas seperti yang kita semua tahu,melibatkan pembacaan serta penghayatan ayat suci Al-Quran,doa-doa serta pergerakan yang didapati menyamai meditasi.Kajian juga menunjukkan ibadat solat dapat meningkatkan penumpuan dan daya ingatan.Bagaimanapun banyak lagi kajian lanjut yang sedang di jalankan bagi mengkaji lebih lanjut mengenai solat.
Jadi sama-sama lah kita menjaga solat kita yang merupakan perkara wajib ke atas kita.Selain mendapat keredhaan Allah,juga dapat megekalkan kesihatan tubuh badan seperti yang di nyatakan dalam kajian di atas.Solatlah,sebelum kita semua di solatkan.

Post a Comment

1 Comments

  1. betul tu kak...sbb tu kita kena hafal maksud disebalik bacaan solat tu jg kan..sbb bila kita faham..tu smua doa sbnrnya..good info kak sue

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️