Moisture White Shiso BB Cream The Body Shop
Meh Kak Sue nak kongsi dengan korang, Shiso BB Cream nie memberi perlindungan semulajadi pada kulit muka kita tau,di samping itu ia bertindak mencerahkan,melegakan dan melindungi kulit kita dari sinar UV.Cream ini juga boleh di gunakan untuk mereka yang mempunyai tona kulit yang tidak sekata dan berjeragat.Biasa la kan dah tua-tua nie jeragat pun senang singgah.Cream nie kan di rumuskan dengan estrak Shiso yang berfungsi untuk mencegah jeragat dan pembentukan tompok hitam di muka kita.Selain itu juga terdapat vitamin C yang bertindak bagi mengurangkan melanin yang berlebihan.Dan seperti yang kita tau produk The Body Shop ini tidak mengunakan bahan kimia,jadi tak perlu bimbang ye..
Cara pengunaan cream nie pula, dipakai pada waktu pagi.Tapi Kak Sue pakai waktu Kak Sue nak keluar rumah je. Macam biasa ikut cara kita setiap kali dalam penjagaan muka, selepas kita pakai penyegar dan pelembab baru lah kita sapu cream mengunakan jari. Mulakan dari dahi dan ratakan perlahan-lahan pada keselurahan wajah kita dengan cara membulat.Dah siap, boleh kita melakukan aktiviti luar tanpa risaukan kulit muka kita terkena matahari.Untuk pengetahuan semua cream nie sesuai untuk semua jenis kulit yang mempunyai masalah jeragat juga tau..
Kalau korang berminat boleh lah singgah mana - mana outlet The Body Shop, dan boleh minta khimat nasihat dari staff mereka kat situ atau boleh singgah kat sini www.bodyshop.com. Selamat mencuba, papai!
4 Comments
menarik ni. suka packaging tu. brapa harga tu kak sue?
ReplyDeleteItu la tahan lama pulak tu Nani,sebab pakai sikit je kan.. rm89.00 Nani sekarang ada free delivery
Deletewahhh kak sue..ni mmg betul peminat body shop kan..sy pn tak cuba lg yg ni hahahahaha..tp nmpk mcm tergoda la
ReplyDeleteDiya..memang peminat dari belum kawin,kdg tunggu hari ada sales baru beli buat stok..ehehe
DeleteTerima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️