Rezeki Berganda di Food Review

Assalamualaikum, hai semua. Hari sabtu yang lepas, Kak Sue dapat Rezeki Berganda di Food Review. Kebetulan Kak Sue dapat jemputan food review bersama geng Kelab Blogger Ben Ashaari. Jadi tak nak lepaskan peluang Kak Sue pun open order lah Pati Kelapa Laut dan Kedondong Asam Boi Man Java. Mana lah tau kan ada kawan blogger yang nak merasa produk Abang Man kan..

Rezeki Berganda di Food Review
Rezeki Berganda di Food Review

Rezeki Berganda di Food Review

Alhamdullilah, ada kawan-kawan blogger yang berminat nak order lepas Kak Sue open order tu. Dan ada juga yang terus beli pada hari kami ber food review hari tu sebab memang Abang Man bawa lebih pati Kelapa Laut dan Kedondong Asam Boi tu. Ini lah dikatakan rezeki berganda, sambil buat food review sambil berniaga produk kecil kami nie..

Rezeki Berganda di Food Review
Rezeki Berganda di Food Review

Terima kasih juga pada founder Kelab Blogger Ben Ashaari iaitu saudara Ben sendiri yang dah bagi izin sebelum tu untuk Kak Sue open order di Food Review yang kami hadir hari tu. Alhamdullilah, Ben sentiasa sokong aja blogger yang berada dalam komuniti KBBA untuk kembangkan perniagaan atau apa saja bidang yang kami semua ceburi.

Kak Sue nak ucapkan terima kasih untuk Ben, geng KBBA dan semua kawan yang lain yang tak pernah jemu sokong kami dari dulu dan sekarang. Semoga setiap kebaikkan akan kembali kepada korang semua.. Aamiin Ya Rabb.. Jumpa lagi next entri, papai!


Post a Comment

4 Comments

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️