Assalamualaikum semua,rasa macam baru ja lagi hari jumaat dah sampai hari jumaat lagi kan.Cepat betul masa berjalan sekarang nie kan.Malam jumaat merupakan malam istimewa yang di tunggu-tunggu oleh kita sebab terdapat banyak amalan yang boleh kita buat.
Salah satu sunnah pada malam jumaat adalah membaca surah Al-Kahfi berdasarkan hadith Abu Said Al-Kudri ra dari Nabi Muhammad S.A.W dan kelebihan pada yang membaca surah Al-Kahfi ialah di pancarkan cahaya pada dirinya antara dua jumaat,di ampuni dosanya antara dua jumaat dan di selamatkan dari fitnah Dajjal..
Amalan kedua pula membaca Surah Yassin,dari Abu Hurairah ra,sesungguhnya Rasullulah S.A.W bersabda "Siapa yang membaca surah yassin pada malam Jumaat maka pagi-pagi ia mendapat pegampunan"..
Selain pada itu kita kena banyakan berzikir,doa dan selawat.Dari Abdullah bin Amar bin Ash ra sesungguhnya ia mendengar Rasullulah S.A.W bersabda,"Siapa yang mengucapkan selawat kepadaku,Allah berselawat (memberi rahmat) kepadanya sepuluh kali kerana selawatnya itu" HR Tarmizi
Semoga kita sentiasa istiqomah dan sentiasa dalam rahmat Allah..aamiin ya rab..
1 Comments
nice sharing kak, doa bnayak banyak kan . :)
ReplyDeleteTerima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️