Kisah Abang Dan Bola

Assalamualaikum,apa khabar semua?Kak Sue harap semua sihat-sihat sahaja,maklum lah keadaan cuaca sekarang nie pun tak menentu,awal hari terik tapi sebelah petang dah hujan pulak kan.Anak-anak Kak Sue yang tiga orang tu pun tak berapa sihat,termasuk la Abang Man,memasing batuk dan selsema.Adik pulak tambah lagi,panas dalam sampai mulut pecah nak makan pun susah,kesian pula Ibu tengok..huhuhu..

Hari tu Kak Sue ada kongsi kat sini mengenai Abang anak kedua Kak Sue.Abang memang minat sangat main bola dan sukan lasak nie.Kadang geram juga tiap hari asyik dengan bola sampai tak ulang kaji pelajaran.Selalu balik dah hampir nak zohor,lepak keringkan peluh Abang mandi dan solat zohor lepas tu tidur sampai petang.Nanti petang bangun lagi,main futsal pulak kat area apartment depan rumah Kak Sue nie,balik dah tentu penat memang tak pegang buku la jawabnya,hai la anak,sabar aje la Ibu nie!!

Bila Kak Sue fikir balik,tak apalah dah Abang minat sangat bersukan.Biarlah,kami sokong ajelah janji Abang tak pergi melepak tak tentu arah dan buat perkara tak elok,lagi la buat Kak Sue risau.Sekarang nie macam-macam hal yang tak elok terjadi sekeliling kita,kadang memang cuak betul hati Kak Sue.Setiap hari Kak Sue tekankan pada Abang,Ibu tak kisah Abang minat sukan janji jangan abaikan solat dan pelajaran,itu aje yang Ibu nak

Hari khamis hari tu Abang ada bawa balik borang kebenaran dari coach untuk Abang Man tandatangan.Kebetulan kami sekeluarga nak keluar makan sempena birthday Kak Sue,Abang dah serba salah sebab hari tu hari akhir pemilihan untuk tuornament di Kepong esok.Kesian pula Kak Sue tengok,akhirnya Kak Sue dan Abang Man benarkan lah Abang pergi training dan kami temankan Abang Man hantar barang pada customer.Sebelum kami gerak ke sana,Abang datang peluk dan cium Kak Sue sambil cakap sorry Ibu,Abang tak dapat ikut..sejuk terus hati Ibu nie..alahai la anak..lemah Ibu..ehehe..

Abang nie memang terserlah sifat kasih sayang dan ambil berat pada keluarga,Abang jenis sensitif sikit kalau pasal keluarga.Jangan la ada sesiapa yang berani nak ganggu atau buat hal pada keluarga kami,mengamuk la Abang tu nanti.Lagi satu kalau apa yang dah Abang minat dan suka,Abang akan usahakan sampai berjaya,itu memang Kak Sue puji.Dan akhirnya Alhamdullilah Abang terpilih untuk bermain dalam pasukan Abang One Team FC sebagai defender.Ibu bangga dengan pencapaian Abang dan Ibu harap Abang sentiasa maju dalam pelajaran dan sukan yang Abang ceburi.Jangan tinggal solat dan pandai-pandailah memilih kawan ya nak..Ibu sayang Abang,muahhhh!





Post a Comment

2 Comments

  1. lelaki dan bola berpisah tiada, sabar kak, aslong as tak abai tanggungjawab , kita sokong la kn

    ReplyDelete
  2. Itulah..kadang takut hilang fokus dalam pembelajaran.. :)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️