Pretz N' Beanz Cafe Pilihan Terbaik di IPC

Assalamualaikum semua,sabtu yang lepas Kak Sue berpeluang melepak bersama team KBBA untuk mencuba makanan di Pretz n' Beanz yang terletak di IPC Shopping Centre Mutiara Damansara.Cafe nie berdekatan dengan entrance je,dan bertentangan dengan Starbuck.Kalau korang parking kat tingkat bawah,naik aje eskalator terus ke entrance Ikea dan cafe nie berada sebelah kiri kita..

Pertama kali Kak Sue sampai kat cafe nie,Kak Sue memang suka tengok hiasan dalamannya yang lain dari yang lain,cool dan relaks memang sesuai uttuk lepak bersama keluarga di hujung minggu atau makan bersama kawan pada waktu pagi atau tengahari kerana cafe nie beroperasi seawal 9.30 pagi hingga ke 10.30 malam,jadi boleh la nak ajak kawan breakfast atau lunch kat sini dan beroperasi setiap hari

Nie bahagian luar,boleh lepak sini smoking area dan lebih luas
Cafe ini menawarkan pelbagai pilihan pretzel dan pizza yang di bakar segar dan doh yang telah di buat di kilang mereka sendiri serta amat menjaga kualiti produk mereka.Tak hairan la pretzel kat sini di akui sedap dan lembut,memang lain dari pretzel jenama yang lain.Kak Sue berpeluang mencuba beberapa menu yang merupakan sinature kat cafe nie antaranya Basil Cheese Pretzel.Cinamon Sugar Pretzel,Chicken Hawaian Pizza,Hot Pepper Chili Chicken Pizza,Prenz n' Champion Baked Egg,Prenz n' Stew Chicken Green Curry.Untuk minuman dan desert Kak Sue order Green Tea Latte dan Chocolate Lava Cake With Vanila Ice Cream serta American Baked Cheese Cake..memang sangat sedap dan puashati.Tak rugi tau singgah sini..

Ini hot selling kat sini,Basil Cheese Pretzel dan Cinamon Sugar Pretzel serta Green Tea Latte..sedap tau,tak manis sangat green tea nie.Cuba yang nie tau..

Prenz n' Stew Green Curry Chicken,Kak Sue memang suka stew nie sedap sangat dan Kak Sue syorkan korang mesti order bila datang sini nanti

Prenz n' Champion Baked Egg,yang nie pun sedap juga telur di bakar bersama tomato,cendawan dan mozzarella cheese..yummy!!

Chicken Hawaian Pizza dan untuk pengetahuan korang crust pizza nie menggunakan doh yang sama untuk pretzel,memang lembut..

Kalau korang suka pedas boleh cuba Hot Pepper Chili Chicken nie,dan Kak Sue syorkan jugak order yang nie..sedap!!


Untuk desert pula Kak Sue order,Chocolate Lava Cake with Vanila Ice Cream memang terbaik!!Sedap gila..rasa tak cukup satu..ehehe..


Yang ini pula memang salah satu kegemaran Kak Sue,Cheese cake jadi order American Baked Cheese Cake ini jugak..


Menarikkan semua menu yang Kak Sue dah cuba,korang jangan lupa tau singgah sini,pasti tak mengecewakan.Sambil korang shopping kat Ikea tu,bila dah penat dan lapar boleh lah singgah sini.Cafe nie juga ada menyediakan Delivery Order tau,boleh la kalau nak order hubungi no 010 950 7536.Oh ya,sebelum Kak Sue lupa,Pretz n' Beanz nie ada dua cawangan tau satu kat IPC Shopping Centre dan satu lagi di Solaris Mont Kiara.Pada yang berminat boleh la klik link yang Kak Sue sertakan kat bawah ye..

Prent n' Beanz
www.pretznbeanz.com
Facebook
Prent n Beanz Cafe
Address
G23,Ground Flour,IPC Shopping Centre
No.2 Jalan PJU 7/2, Mutiara Damansara 
47800 Petaling Jaya,Selangor







Post a Comment

15 Comments

  1. Cake choc lava tuu memang mengancam!!
    Nanti nak gi laaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Nina..sedap sangat!Wajib cuba..

      Delete
  2. Ayooo sedapnyaaa .... pernah pergi sini .... nanti nak p lagi laaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak pergi nanti nak join tau..ehehe ;)

      Delete
  3. Ya ampun..ini betul2 menggoda. Kena serbu ni

    ReplyDelete
  4. Nak makan jugakkkk!!! Sedapnya....

    ReplyDelete
  5. Terliur sudeeehhhh.... Nak gi sana jugakkkk

    ReplyDelete
  6. adoiii semua nampak sedap! yg hot lava cake tu paling menggugat imah hehe

    ReplyDelete
  7. masuk checklist nama cafe ni..senang sikit bila ke ikea dah tau mana nak singgah.

    ReplyDelete
  8. teringin nk p:(..belanja Bonda kat sini ibu angah;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah nanti kita pi na Bonda.. ;)

      Delete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️