Resepi Tteokbokki Versi Melayu

Assalamualaikum semua.Hari nie Kak Sue mencuba resepi special sikit Tteokbokki salah satu snak makanan korea.Sebenarnya anak dara Kak Sue yang beria-ia sangat nak makan kuih beras nie.Asyik dok melayan drama korea,tengok menu mereka semua macam sedap-sedap aje dah teringin la pulak katanya.Kebetulan ada kawan blogger travel ke Korea hari tu Anil Wanina,Kak Sue pun kirim melalui beliau bahan utama menu nie iaitu kuih beras,TQ Anil sudi belikan tau. Resepi yang Kak Sue google kat internet tapi ada bahan Kak Sue tambah sikit ikut selera Kak Sue dan keluarga yang suka makanan pedas,jadi resepi Tteokbokki Versi Melayu.Jom la kita tengok resepi dari Kak Sue Tteokbokki vesri Melayu Kak Sue nie jom..

Resepi Tteokbokki versi melayu
Tteokbokki Versi Melayu

Tteokbokki Versi Melayu

Bahan - bahan :
500 gram daging
1 peket kuih beras
1 peket fish ball sayur
2 keping fish cake
8 biji cili padi (di hiris halus)
1 biji bawang besar (di hiris halus)
3 biji bawang putih (di hiris halus)
1 inci halia (di hiris halus)
2 sudu serbuk cili
2 mug air
1 kiub stok ayam
sedikit serbuk lada hitam
serbuk lada putih
sedikit sos cili
sedikit sos tomato
sedikit sayur brokoli
sedikit sayur kubis
sedikit kucai
sedikit daun sup dan bawang
sedikit minyak untuk menumis
garam secukup rasa

Resepi Tteokbokki versi melayu
Bahan-bahan Tteokbokki Versi Melayu

Cara - cara :
Memula potong daging ikut kesukaan korang,cuci bersih dan toskan
Kemudian gaulkan daging bersama garam,serbuk lada hitam dan lada putih
Goreng daging tadi dengan api sederhana sehingga garing dengan sedikit minyak,ketepikan
Kemudian tumiskan bahan yang di hiris halus tadi sehingga naik bau
Masukkan air,kemudiam masukkan serbuk cili tadi,biarkan cili masak sekejap
Kemudian masukkan sos cili dan tomato,kiub ayam dan garam
Masukkan fish ball,fish cake dan sayur sayuran serta kuih beras,kacau sebati
Akhir sekali masukkan daging yang dah di goreng tadi dan taburkan daun kucai serta daun sup dan bawang tadi,dah siap dah.
Mudah je kan,selamat mencuba ye,papai!




Post a Comment

9 Comments

  1. pernah makan ni time presentation budaya, ada group buat korea, so boleh la rasa, hehe sedap jugak la.

    ReplyDelete
  2. alaaaa tp kuih beras nya xde/

    ReplyDelete
  3. aaaaaa... telan ailiooooo.....

    ReplyDelete
  4. Nampak tempting sangat! Saya datang balas kunjungan dan follow #158 :)

    ReplyDelete
  5. nampak je dah terasa cam sedap.. kalau dapat rasa mesti enak

    ReplyDelete
  6. aduhai...macam terliur pulak dah ni...tengok gambar atas macam susah nak buat ek...haha

    ReplyDelete
  7. Terliur dah tengok ni. Mesti sedap kan.

    ReplyDelete
  8. Rice cakes tu akak beli di mana? Saya memang teringin sangat...masa kat shah alam selalu makan, kat kulim ni tak ada kedai korean food dah. T_T

    ReplyDelete
  9. nampak menyelerakannnn

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️