Assalamualaikum semua,Alhamdullilah syukur kepada Allah kerana memberi peluang kepada Kak Sue masih bernafas dan berada di sini.Semoga Kak Sue di beri kesihatan yang baik dan umur yang bermafaat bagi menghabiskan masa Kak Sue sehingga sampai masanya nanti.Terima kasih kepada suami dan anak-anak Kak Sue yang tersayang yang sentiasa menceria dan membahagikan hidup Kak Sue.Terima kasih juga kepada mak dan Abah yang melahirkan Kak Sue,memberi kasih dan sayang kepada Kak Sue,jasa mak dan Abah tak terbalas sampai bila-bila pun..
Petang tadi Abang Man sempat bawa kami sekeluarga keluar makan di Restoran Jiran di area Wangsamaju.Kebetulan Abang Man ada urusan di sana,jadi kami pun singgah makan di kawasan berdekatan aje lah.Ini kali kedua kami ke sini,sebelum nie kakak ipar yang perkenalkan tempat nie pada Kak Sue.Boleh la tahan,menu kat sini dan harga pun berpatutan.Suasana sana kedai pun agak luas,boleh pilih nak duduk kat luar atau dalam restoran

Pelbagai pilihan menu boleh kita pilih di sini,juga untuk tempahan catering
Kami order minuman kegemaran kami,limau ais,ice lemon tea dan teh panas..mana-mana pergi pun balik-balik itu je yang di order..ehehe..
Abang Man order Sirlion Steak
Kak Sue pula order Grilled Salmon dengan sos Hollandaise
Kakak order makanan kegemaran dia salad,Grill Carpaccio
Untuk anak bongsu Kak Sue pula Spagetti Bolognise
Terima kasih juga kepada keluarga Kak Sue dan kawan-kawan yang tak henti-henti memberi ucapan harijadi untuk Kak Sue hari nie,meriah sungguh wall facebook dan whatsApp Kak Sue hari nie.Semoga kita semua sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah,kesihatan yang baik,umur yang bermafaat,rezeki yang berkat,anak-anak yang soleh dan solehah dan berbahagia hingga ke Jannah.Terima kasih semua..
1 Comments
happy belated birthday kak sue, moga moga diberkati dan dirahmati dunia dan akgirat oleh NYa
ReplyDeleteTerima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️