The Body Shop Vitamin E Face Mist
Face Mist nie kan bertindak sebaga pelembab kulit kita dan dapat mengekalkan solekan kita agar nampak sentiasa segar. Selepas siap ja kita make up atau macam Kak Sue cuma pakai bedak compact kita sembur kan sekali kat muka kita dan biarkan kering. Masa nak sembur tu tutup mata dan pegang botol kira-kira dalam empat inci dari muka, pastu biarkan jaa muka kering. Rasa sangat segar dan sejuk.. muka pun akan glowing gitu tau...
Face Mist nie juga sesuai untuk semua jenis kulit, dari kulit biasa sehingga ke kulit kering. Kak Sue paling suka pakai kalau ada aktiviti kat luar rumah. Kalau rasa kulit tu kering dan terbakar, sembur je face mist nie rasa segar dan menghidratkan kulit kita. Selain itu, sapa yang kerja kat office ber aircond kan sesuai sangat pakai face mist nie tau. Sebab aircond nie boleh buat kulit kita kering. Kak Sue memang rekemen laa pakai face mist nie dengan saiznya yang agak kecil sesuai nak letak dalam hand bag, harga pun berpatutan.Selamat mencuba..Papai!
0 Comments
Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️