Cuti-Cuti Ke Taiping Bandar Warisan

Assalamualaikum,kali nie Kak Sue nak bercerita percutian Kak Sue hujung tahun ke Taiping Bandar Warisan.Sebenarnya Taiping nie dekat je dengan rumah Abah dan Mak Kak Sue.Sambil balik kampung, sambil la bercuti kat sana.Kak Sue sampai tengahari dah, nak check in hotel semua penuh sebab dah nak Christmas masa tu.Melilau lah cari hotel akhir sekali kami lepak kat Hotel Taiping Perdana.Susah jugak nak cari hotel yang ada kolam mandi kat Taiping nie, kemahin jenuh!!ehehehe..Kak Sue kalau bercuti mesti nak cari hotel yang ada kolam mandi sebab anak-anak sibuk nak berendam.Kalau nak mandi laut atau sungai memang tak di benarkan..Ibu depa fobia dah..


Cuti - Cuti ke Taiping Bandar Warisan

Kak Sue ambik bilik mengadap town Taiping, kenkonon memalam nak tengok lapemandangan dari atas, sekali gayat pulak dah..hahahaha!Hotel nie boleh tahan,cuma agak kecewa lagi buat kali kedua percutian kali selepas ke Bukit Merah hari tu.KOlam mandi kat sini sempit dan tertutup.Macam tak ada 'open air', pulak tu air kolam mandi bau klorin sangat kuat.Rasa terganggu la juga..cuma nak puji dari segi layanan dari staff memang bagus,senyum dan mesra sentiasa.Jadi bila ada kekurangan sikit tu, kita buat tak nampak sudah lah..




Cuti-cuti kali nie banyak lepak kat bilik sebab Abang Man nak rehat dah penat bekerja kan masa nie lah nak betul-betul rehat.Lagipun dekat dengan family Kak Sue yang lain, jadi family Kak Sue boleh datang lepak dan bersembang kat bilik.Lepas tu boleh la mandi manda kat kolam ramai-ramai.Memang meriah dengan gelagat masing-masing seronok betul...Rasanya lain kali kena plan cuti hari keluarga pula nie..mesti best!

Bercerita pasal tempat makan pula, memang banyak kat Taiping nie bermacam pilihan.Walau Kak Sue memang berasal dari sini tapi dah banyak perubahan dan banyak kedai-kedai makan yang baru.Percutian Kak Sue kali nie  masih macam yang selalu lah kalau balik Taiping, mesti nak pergi makan kat Belakang Bomba Yong Tau Foo.Kedai hujung sekali tau kalau korang nak makan.Sebab Adik dan Mak Kak Sue memang selalu makan kedai hujung tu..Selain Yong Tau Foo ada masakan panas dan satay kat situ.




Lagi satu tempat pilihan Kak Sue Bawah Larut Matang, makan laksa dan "Black" air kegemaran Kak Sue.Korang kena rasa tau air Black nie, sekali rasa mesti nak lagi.Bawah Larut Matang nie buka siang dan malam, tapi kalau nak makan laksa kena datang awal lah sebab cepat habis.Kak Sue orderkan Abang Man Kuew Teow Goreng,pun sedap juga..Kira kat kedai makan Larut matang tepi sekali nie memang jadi pilihan Kak Sue setiap kali ke sini..





Petang sikit kami pusing-pusing Lake Garden sampai ke kaki Bukit Maxwell, cuaca pun panas sangat.Nampak ramai yang berbasikal,Abang Man singgah situ kejap, menarik sangat basikal nie.Ada untuk seorang, dua orang dan tiga orang penunggang.Rasa macam nak cuba, tapi sebabkan panas lagi,kita pi minum dulu..makan lagi.Hehehe...



Adik dah tak sabar nak naik basikal dah ibu kata posing dulu nak..ehehe,panas nie kita minum dulu hokay..

ABC Taman Tasik Taiping pulak,sini semuanya order ABC,hahaha..menarik sangat kan.Dah la tengah pepanas,apa lagi..
Ley Che Kang,ini pun salah satu kegemaran Kak Sue.Memang sedap Lay Che Kang dia nie,hangpa mesti kena cuba tau.Kedai nie betul-betul belakang tempat orang naik basikal tu nama D'Garden kut kalau tak silap,dok cari nama tempat tu tak nampak
Yang nie pulak Abang yang order D'Garden Cofee Yogurt pun sedap,punya ramai orang beratur hari tu.Abang ambik falovour strawberry,memang sedap berbaloi beratur panjang
Da siap kami minum dan makan yang entah kali berapa ntah,nak naik basikal pulak.Tetiba Kakak dan Abang tak mau naik,jadi Adik tak ada yang temankan.Sekali nampak jumper,so bagi Abang dan Adik main jumper nie ja,siap Abah dia belikan satu yang baru bawak balik.Main la puas-puas kat rumah pulak..
Last day kat sana,Kak Sue sekeluarga bersama keluarga adik-adik dan mak berkelah kat Taman Tasik Taiping.Gambar nie ja sempat ambik sebab lapar gila dah time tu,ehehe..Kami masak siap-siap kat rumah,lepas hangkut semua bawak pi Taman Tasik.Memang ramai betul hari tu orang semua pakat berkelah berkumpul bersama keluarga,meriah sungguh!Sampai jamed la Taman Tasik Taiping..

Pada yang nak datang ke Taiping nie,jemputlah datang na,sini sebenarnya banyak tempat yang boleh kita melawat.Cuma Kak Sue tak pergi pun kali nie sebab dah pergi banyak kali dah.Macam Zoo Taiping,Muzium Taiping,Bukit Larut semua tu dekat ja dengan bandar Taiping dan ada banyak lagi tarikan baru kat sini yang tak sempat Kak Sue pergi.Akan di kongsikan kat sini lagi tau bila Kak Sue ke tempat baru yang menarik nanti,jumpa lagi..Papai!



Post a Comment

1 Comments

  1. salam ukhuwah...singgah sini komen2 dan terus polow...lama dah saya tak balik ke taiping...masih ada seorang makcik duduk di kampong Rahmat...selalu kalau ke sana kiteorng duduk di Bukit Merah je...selain dekat anak2 pon suka sebab ada taman tema air...kalau sudi jemput singgah ke blog saya 'wanita garam dan gula'

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️