Kesayangan Ibu

Assalamualaikum semua,selamat berhujung minggu.Hari nie adik Kak Sue pulak kongsikan gambar anak-anak teruna Kak Sue.Memang terubat rindu kat hati nie sikit,tengok kawan-kawan yang lain dah mula melawat anak masing-masing kat asrama.Petang tadi rasanya tak ada aktiviti apa kut,selalunya depa main bola aja.Nie dah Acik datang melawat depa,melekat la dengan Acik,Ateh dan Tok Pah sambil borak-borak dan bertanya khabar.Jom la Kak Sue nak kongsikan gambar anak-anak teruna Kak Sue..Tengok la gelagat depa tu,memang macam tu lah selalu kalau kat rumah.







Tak sabar rasa nak tunggu minggu depan nak jumpa depa.Nak peluk cium depa puas-puas.Kalau sempat nak masak masakan yang depa suka.Macam nie lah rasanya ibu abah yang berpisah dengan anak-anak ye.Ibu doakan biarlah rindu Ibu,Abah,Kakak,Abang dan Adik Allah yang ubatkan..Salam sayang anak-anak Ibu..

Post a Comment

0 Comments