Media Sosial Melekakan..? - Gambar sumber Google |
Media Sosial Melekakan..?
Kadang kan bila kita suka layan facebook atau sosial media yang lain, sebenarnya banyak ilmu dan perkara yang kita boleh belajar kat situ.Kak Sue memang suka membaca sejak dari kecik lagi,family Kak Sue pun tau tentang itu.Mak-mak sedara pun memang sedar tentang minat membaca Kak Sue tu,tapi kadang bagi orang tua depa kadang tak berapa paham tentang media sosial nie dan mengangap kita leka dan membuang masa..
"Tanda Allah swt menghendakimu dan mencintaimu,Ia akan memalingkanmu ke arahNya" (Habib Umar bin Al-Hafizd).Kata-kata ini Kak Sue baca masa Kak Sue scroll-scroll facebook Kak Sue pagi tadi.Pada pemahamam Kak Sue,tanda Allah sayangkan kita Allah dekatkan kita padaNya.Allah lorongkan dan gerakkan hati kita suka pada benda kebaikan,berubah kepada kebaikan dan semoga kita istiqomah dengan perubahan itu..
Kadang secara tak langsung Allah nak memberi hidayah atau teguran kepada kita dengan berbagai cara.Melalui ujian yang Allah beri pada kita,melalui orang lain dan perkara-perkara yang terjadi di sekeliling kita yang betul-betul menyentuh ke dalam hati kita.membuat kita sedar,eh orang nie perangai tak berapa nak cantik macam aku aja,macam nie kut orang lain pandang aku.Jadi kita cuba tak buat perangai tak cantik tu.Eh,benda nie tak patut aku buat,kalau buat jugak tak manis,tak elok malah berdosa kalau aku buat,jadi kita pun tak buat.Kadang kawan yang Kak Sue kenal di facebook atau kawan sekolah yang lama tak jumpa,jumpa balik kat facebook.Ada yang bila cukup waktu,mereka akan whatapps Kak sue buat apa,jom solat..jom ngaji.Betapa berutungnya ada kawan yang mengajak kita menjaga solat dan selalu ingatkan kita kan,walau hanya di media sosial..
Setiap perkara yang berlaku disekeliling kita telah disusun oleh Allah dan pasti ada hikmahnya.Beruntunglah lah kalau kita masih ada tersentuh rasa hati,rasa nak berubah dan perbaiki diri.Kalau macam mana sekalipun Allah dah lorongkan hati kita,tapi kita tetap tak mahu berubah malang sekali lah hidup kita kan.Kita hidup bukan kat dunia nie saja,kat sana esok yang akan kekal selamanya.Kak Sue sentiasa berdoa biarlah pengakhiran hidup Kak Sue dan keluarga Kak Sue yang baik-baik sahaja.Lagi sekali Kak sue nak kongsikan kata-kata yang Kak Sue ambik dari media sosial tapi dari Instagram pulak,saya berdoa Allah mencuit dan mengerakkan hati anda semua supaya berubah ke arah kebaikan di dunia mahupun akhirat nanti..aamiin ya rab..
5 Comments
Julia baca ambil pengajaran disini...apa2 pun kita buat jgn berlebih lebihan kan kak sue...
ReplyDeletesya slalu habis kan masa dgn blog berbndg FB atau sosial media lain
ReplyDeleteAssallammuallaikum.
ReplyDeletekalau pandai jaga adab dan ambil yang positif...insyaAllah banyak kebaikan media sosial ni. kita je yg kena pandai jaga diri
ReplyDeleteAamiin ya rabb.
ReplyDeleteMedia sosial melekakan.
Adakah media sosial memberi lebih banyak keburukan atau kebaikan? Setiap perkara ada baiknya menurut perspektif masing-masing. Media massa ada baik dan buruknya.
izinkan saya kongsi satu cerita. Terdapat satu pasangan ingin melangsungkan perkahwinan telah mengupah 2 tukang gambar. Semasa hari perkahwinan juru kamera mengambil gambar tetamu yang senang bergembira, ketawa dan seronok ketika majlis tu.
Pada yang sama jurukamera ke2 pula, mengambil gambar ahli keluarga yang menangis kegembiraan, tetamu yang sedih, bosan dan keseorangan.
Apabila koleksi gambar telah siap, ahli keluarga/tetamu yang nampak gambar album dari jurukamera pertama akan kata, majlis perkahwinan itu meriah dan berjaya.
Manakala ahli keluarga/tetamu yang nampak gambar album dari jurukamera kedua akan kata, bosannya majlis perkahwinan ni.. rugi buat besar-besaran
Sesuatu benda tu juga boleh bagi kebaikan kepada kita, dan juga boleh bagi keburukan hanya dengan cara pengunaan kita.
Sebagai contoh. Makanan sekiranya dimakan dengan kadar sederhana mampu bagi kita tenaga untuk mencari rezeki. Tapi kalau kita makan dengan kadar banyak pasti memberi kemudaratan kepada kesihatan.
Begitu juga dengan pistol. Pistol boleh digunakan untuk mempertahankan diri atau membolehkan polis mencegah jenayah. Tapi jika pistol digunakan untuk merompak dan membunuh sudah pasti ianya tidak memberi kebaikan.
Apa2 pun, artikel yang menarik. Terima kasih atas perkongsian :)
Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️