Assalamualaikum,masa Kak Sue nak balik kampung hari tu gabra jugaklah bila tak ada tiket untuk pergi balik.Yang ada hanya sehala,Abang Man kata tak apa nanti kita tanya hari lain.Sekali bila tanya tak ada jugak semua fully booked,hadoi macam mana nie,serabut dah.Kak Sue memang fobia sikit nak naik bas,sejak dengar macam-macam cerita yang tak elok dan menakutkan di tv dan surat khabar..
Ada jugak Kak Sue mintak tolong Acik,adik Kak Sue tolong tengokkan tiket dari stesen Taiping,pun sama..penuh!Siap abang tiket tu cakap,public holiday dik,semua orang nak balik.Cubalah datang pagi isnin kut ada penamabahan tiket,tapi saya tak janji katanya..
Dalam pada Kak Sue bercuti kat kampung sambil melawat anak-anak,Kak sue dok memikir macam mana kalau tak ada tiket dan macam mana nak balik tanpa susahkan sesapa.Alhamdullilah dalam pukul sembilan lebih Kak sue ke stesen Taiping dengan family Kak Sue,agak lama tunggu akhirnya ada penambahan tiket tapi tren biasa.Okay lah tu janji dapat balik ke Rawang sebab esoknya kakak nak bersekolah.Punya la lama tak naik tren,okay jugak lah naik sebelah malam,dapat la kami tidur walau pun tidur-tidur ayam je..ehehe.
Kira okaylah jugak naik tren nie tak kira la ETS atau tren biasa,dapat la kita rehat dari letih memandu kan.Mungkin selepas nie ETS dan tren biasa akan jadi pilihan kedua Kak Sue untuk balik kampung melawat anak-anak kesayangan Kak Sue..jumpa lagi,Papai!!
0 Comments
Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️