Ya Allah,Jagakan Mereka Untukku

Assalamualaikum semua,hari nie bermula dengan rutin biasa Kak Sue.Tak ada apa sangat yang nak di buat cuma lebih kepada memperbaiki diri agar lebih baik dan istiqomah sebagai hambaNya.Terima kasih pada kawan-kawan dan family yang selalu memberi kata semangat dan tips supaya Kak Sue tak terasa sunyi sangat di rumah sejak berjauhan dengan Adik dan Abang..

Pada minggu pertama tinggalkan Abang dan Adik di asrama,fikiran agak hiba,sunyi dan risau.Alhamdullilah,selepas Kak Sue berjumpa dengan anak-anak Kak Sue,rasa sangat-sangat lega dengan keadaan dan perubahan yang sangat baik pada diri mereka.Cuma sebagai Ibu dan Abah,kami tak dapat lari dari perasaan risau dan rindu.Apa yang boleh kita buat,kita doakan yang elok-elok sahaja lah untuk meraka.Ya Allah jagakan mereka untukku...aamin ya rab..

Post a Comment

0 Comments