Cuti Sekolah Bermula Sudah

Assalamualaikum semua,Kak Sue dan Abang Man terima mesej dari Abang yang sekolah Abang dan Adik bermula cuti untuk penggal pertama bermula hari ini.Kelam kabut jugak lah semalam sebab kami baru aja datang melawat depa minggu lepas dan tak di beritahu apa pun oleh Ustaz.Patutnya ambik semalam,tapi Abang Man ada kerja mintak tolong acik Tikah lah ambikkan dulu.Tq ye acik banyak dah tolong Kak Da.. ;)

Apalagi berbunga la hati Kak Sue,tak sabar-sabar dah rasa nak jemput anak-anak.Dok kira jam ja nak balik Batu Kurau nak jemput anak-anak.Kami bertolak malam jumaat seperti kebiasaan,sampai sana kalau tak hampir subuh atau dah subuh.Kadang singgah pasar borong terus beli barang,kadang balik terus ke rumah mak Kak Sue

Cuti sekolah agama nie rupanya tak sama setiap sekolah.Macam sekolah anak-anak Kak Sue sepatutnya bermula awal bulan mac selama dua minggu tapi di cepatkan sebab Ustaz Ishak nak pergi umrah.Jadi untuk bulan mac nanti anak-anak Kak Sue tak ada cuti lah.Sebelum cuti panjang semua pelajar di minta membersihkan dorm memasing,patutlah Abang tido letih semacam..ehehe,macam pengsan dah.Untuk kebersihan dan kebaikan para pelajar jugak kan. 

Kak Sue suka macam tu,pelajar-pelajar diajar berdislpin dan kebersihan,baru la lega sikit hati nie.Kadang dok terpikir macam mana la anak-anak punya kebersihan dan displin kat asrama,huhuhu..Ya lah kan ramai pelajar kat asrama,yang datang dari latar belakang keluarga yang berlainan supaya selalu keep tidy and clean,ehehe..Kak Sue memang tekankan semua benda tu pada anak-anak Kak Sue,jadi anak-anak dah terbiasa macam tu.Di kesempatan cuti sekolah nie jugak kami semua plan nak khatankan Adik.Adik sibuk sangat nak berkhatan katanya nak jadi imam..seronok dan sejuk hati Ibu dengar,nak..Harap semua urusan berjalan lancar dan di mudahkan nanti..aamiin ya rabb..





Post a Comment

1 Comments

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️