Kerja Baru..!

Assalamualaikum semua,hari nie Kak Sue mula tolong Abang Man berniaga di gerai burger kami kat depan rumah.Buat masa sekarang nie kami berniaga sendiri tanpa pembantu dah.Lagi pun sebelum nie Kak Sue dan Abang Man dah biasa berniaga tanpa pembantu,cuma penat sikit dan tak boleh nak curi masa nak kemana-mana dalam waktu berniaga.Tak kisah lah kan,sekurang-kurangnya Kak Sue ada aktiviti nak buat,tak ada la boring dan sunyi sangat...Ini lah kerja baru Kak Sue..ehehehe..

Gerai burger kami beroperasi pada pukul 5.30 petang,sampai la ke awal pagi dalam 1.30 pagi macam tu setiap hari kecuali Jumaat.Alhamdullilah dengan ekonomi sekarang yang tak menentu dapat la duit sikit untuk belanja harian.Sebelum menteri kecoh suruh buat dua,tiga kerja kami dah mula lama dah..jangan tak tau ye pak menteri,huh!

Pada korang yang duduk area Bandar Tasik Puteri,Country Home dan Rawang boleh la datang singgah gerai burger kami nie ya.Selain burger kami ada jual air minuman sejuk dan panas.Sebelum nie ada buat Nasi Goreng Ikan Rebus,Mee Goreng tapi kekangan masa yang buat kami tak cukup masa nak buat semua.InsyaAllah kalau dah boleh setting masa dan cukup staff,boleh lah mula balik semua menu sebelum nie.Semoga Allah mudahkan urusan dan murahkan rezeki kita semua ya.Kalau ada yang lalu area sini,jangan lupa singgah tau,papai!!


Post a Comment

0 Comments