Assalamualaikum semua,salam jumaat.Hari nie menu orang berpantang kat rumah nie hari keempat Ikan Haruan Goreng Garing dan Brokoli Tumis Air.Dah beberapa hari cari ikan haruan susah betul nak dapat,kalau ada pun mahal gila..ehehe.Hari nie nak jadikan rezeki Adik dapatlah empat ekor Ikan Haruan dari kawan Abang Man.Memang dah pesan kalau mancing,dapat ikan haruan suruh simpankan.
Ikan haruan nie kita semua tau keberkesanan dalam mengubati luka dalaman terutama untuk ibu-ibu selepas bersalin.Kak Sue dulu pun dalam pantang hari-hari mengadap ikan haruan nie.Kak Sue sebenarnya tak berapa minat dengan ikan haruan nie,tapi nak baik punya pasal..gagahkan lah menelan..huhuhu..
Ikan haruan dari hasil pembacaan Kak Sue,hasil penyelidikan mendapati daging ikan haruan mengandungi sejenis asid iaitu asid arachidonis yang mampu menyembuhkan luka dalaman dengan cepat.Selain itu ia kaya protein dan asid amino yang di perlukan untuk pertumbuhan badan.Jadi tak hairan lah bila ada sesiapa dalam keluarga kita berpantang tak kira lah bersalin,pembedahan atau berkhatan memasing sibuk cari ikan haruan kan,rupanya memang ada khasiat tersendiri.Sekian dulu perkongsian kali ini,semoga bermafaat..papai!
2 Comments
masa berpantang dulu mmg selalu makan, ikan haruan goreng ja pun sedap
ReplyDeleteyoorin x makan ikan haruan ni.. geli..sebab selalu ayah pancing..tapi bila pantang, tu je laa lauk yg mak masak..sedap pulak ikan haruan ni..lagi kalau goreng garing mcm tu..hehehe...
ReplyDeleteTerima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️