Majlis Doa Selamat Adik Berkhatan

Assalamualaikum, hai semua. Selamat berhujung minggu. Hari nie Kak Sue dan Abang Man buat Majlis Doa Selamat Adik Berkhatan. Kami buat di rumah mertua Kak Sue di Kampung Tanjung Keramat, Langkap, Perak. Kami buat majlis sebelah pagi untuk tetamu perempuan dan tetamu lelaki sebelah tengahari. Majlis doa selamat Adik berkhatan nie dimulakan dengan bacaan Yassin oleh tetamu perampuan dipimpin oleh mak mertua Kak Sue sendiri..

Majlis Doa Selamat Adik Berkhatan
Majlis Doa Selamat Adik Berkhatan

Majlis Doa Selamat Adik Berkhatan

Seterusnya majlis doa selamat Adik berkhatan, bila tiba waktu tengahari giliran tetamu lelaki pula dengan tahlil dan bacaan doa selamat. Boleh tahan tetamu lelaki ramai juga rupanya, alhamdullilah..

Majlis Doa Selamat Adik Berkhatan
Majlis Doa Selamat Adik Berkhatan

Majlis Doa Selamat Adik Berkhatan
Majlis Doa Selamat Adik Berkhatan

Selesai bacaan Yasin, tahlil dan doa selamat tetamu dijemput menjamu selera kuih muih, semetara nak siapakan makanan tengahari. Gambar lauk pauk tak dan nak ambik sebab tengah kalut masa tu.. hehehe.. Kuih muih tradisional semua sedap-sedap belaka kami order dari BikYot, mak sedara Abang Man. Terima kasih bibik sedap semua kuih terutama pulut panggang tu, sedap!


Majlis Doa Selamat Adik Berkhatan
Majlis Doa Selamat Adik Berkhatan

Ini pula namanya Bubur Sum Sum, selalunya bubur nie dibuat selepas kenduri kahwin dan diagih-agihkan kan ke seluruh kampung katanya. Bubur nie dibuat dengan menggunakan tepung beras, santan dan beberapa bahan lagi, dikacau didalam kuali sehingga pekat.Bila dah siap kita masukkan ke dalam bekas dan dibiarkan sejuk. Lepas tu boleh lah makan dengan gula merah, memang sedap tau tambah lagi kalau dimakan sejuk..


Majlis Doa Selamat Adik Berkhatan
Majlis Doa Selamat Adik Berkhatan

Ini pula Nasi Ambeng, makanan tradisional orang Jawa. Dikampung Abang Man nie, kebanyakan orang kampung masih lagi menitik berat makanan dan tradisi orang Jawa tau. Sedap Nasi Ambeng nie, kalau dah rasa sekali mesti nak lagi. Paling Kak Sue suka lauk dalam Nasi Ambeng nie, Sambal Goreng Jawa. Buat ratah pun sedap hokay..

Majlis Doa Selamat Adik Berkhatan
Majlis Doa Selamat Adik Berkhatan

Alhamdullilah, Mak Kak Sue pun datang ke majlis nie walau tak berapa sihat. Terima kasih Mak sudi datang, sayang Mak. Kami lepak-lepak kat pondok luar nie aja sambil layan angin luar, sambil makan-makan. Nak ambik gambar adik beradik pun tak sempat, memasing tengah menjamu selera dengan ada yang tak sihat. Terima kasih na hangpa sudi mai kenuri orang..


Majlis Doa Selamat Adik Berkhatan
Majlis Doa Selamat Adik Berkhatan

Si comel nie Nur Zahra Aressa, anak buah Kak Sue yang paling kecil. Penyejuk hati dan penceria suasana. Ada aja yang nak dibuatnya. Budak bijak kan memang macam nie gayanya. Sayang Zahra juga..


Majlis Doa Selamat Adik Berkhatan
Majlis Doa Selamat Adik Berkhatan

Bila dah selesai semua majlis, Abang Man dan adik beradik Abang Man menjamu selera Nasi Ambeng. Tapi yang ini dibuat special untuk keluarga sahaja. Seronok tau makan dalam talam macam nie, kalau tak percaya cuba lah bebila nak makan tu.

Kak Sue pun kalau kat rumah selalu jugak buat macam nie, berselera aja makan rebut-rebut macam nie. Makanya, selesai lah sudah majlis doa selamat Adik berkhatan. Terima kasih untuk semua yang datang dan tolong terutamanya untuk keluarga Abang Man. Terima kasih daun keladi, lain kali kita buat kenduri lagi ya. Till next entry ya korang, papai!


Post a Comment

0 Comments