Assalamualaikum semua.Hari nie sambutan hari jadi bapa mertua Kak Sue pulak.Kalau ikut plan kakak ipar Kak Sue nak buat majlis selepas isyak.Sempat lah Kak Sue hantar Adik ke asrama dan terus gerak ke kampung Abang Man.Kami sampai dah lewat petang,semua kerja pun siap dah.Menu pun sedap-sedap belaka,Ayam Bali,Solok Lada,Sayur Campur,Ulam-ulaman dan Soto,hasil air tangan ipar duai,biras semua bagai,tq uolss.Gambar pun tak sempat nak ambik,segan pun sama kalau kat rumah mertua nie..ehehe..
Selesai solat isyak kami semua siap-siapkan makanan untuk sambutan hari jadi Bapak.Buat doa selamat ringkas sesama keluarga aja,Bapak pun tak tau kami rancang majlis nie,idea kakak ipar kesayangan Kak Sue,Kak Jam.Sambil makan-makan dapat mengeratkan hubungan keluarga dan bertanya khabar.Maklumlah bukan dapat berkumpul bersama macam nie selalu kan.Bila berkumpul,dapat makan beramai-ramai macam nie memang seronok.Cuma sedih sikit Adik dan Abang tak ada..huhuhu..
Selamat Hari jadi Bapak,semoga Bapak sentiasa dalam rahmat dan perlindungan Allah,di beri kesihatan yang baik,di murahkan rezeki dan di mudahkan semua urusan dunia dan akhirat..aamiin ya rabb..
Selamat Hari jadi Bapak,semoga Bapak sentiasa dalam rahmat dan perlindungan Allah,di beri kesihatan yang baik,di murahkan rezeki dan di mudahkan semua urusan dunia dan akhirat..aamiin ya rabb..
0 Comments
Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️