Sambutan Majlis Doa Selamat Hari Jadi Abang

Assalamualaikum semua,hari nie dari pagi Kak Sue dan family Kak Sue busy dengan tugas masing-masing untuk sambutan majlis hari jadi Abang.Kami plan nak buat simple aja,Abang pun sebenarnya tak tahu pun kami nak buat doa selamat kat sekolah Abang.Aturcara majlis selepas solat asar,buat doa selamat ringkas dan meraikan Abang,Adik dan kawan-kawan serta ustaz Ishak..

Majlis dimulakan dengan tahlil dan doa selamat yang ringkas di ketuai oleh Adik Faiz salah seorang pelajar kat situ..

Cak..Adik si manja ibu melekat je dengan Abah..ehehe..

Selepas doa selamat,Abang dan kawan-kawan di jemput menjamu selera.Menu ringkas aja nasi tomato,buah tembikai dan kek.Semua malu-malu nak makan..ehehe

Bergambar sekeluarga selepas majlis doa selamat Abang.

Bergambar dengan Tok Pah pulak..seronok Tok Pah hari nie walaupun masih tak berapa sihat

Alhamdullilah,selesai sudah majlis doa selamat hari jadi Abang.Semoga Abang menjadi anak yang soleh cemerlang dunia,akhirat,di terangkan dan di tenangkan hati,kesihatan yang baik,di murahkan rezeki dan di permudahkan setiap semua urusan Abang dunia dan akhirat..aamiin ya rabb..sayang Abang till Jannah..

Post a Comment

0 Comments