Tenang Di Kampung

Assalamualaikum semua,selamat berhujung minggu.Kak Sue masih kat kampung Kak Sue Batu Kurau.Rasa tenang betul kat kampung nie,air pun sejuk gila,maklumlah air dari bukit.Hari nie Kak Sue tak ada buat aktiviti apa-apa pun cuma melayan Adik aja la nak makan apa,nak pergi mana.Ustaz bagi kelonggaran untuk Adik balik rumah Tok Pah walaupun ada aktiviti kat sekolah.Abang sejak dua menjak nie tak mau dia outing,dia lebih suka aktiviti bersama ustaz.Kadang ada tazkirah,ada marhaban dan mandi kolam..
Kampung Kak Sue nie ada tempat perkelahan namanya Sempeneh,nanti lain kali Kak Sue kongsikan kan tempat nie ya.Cuma Kak Sue macam fobia sikit nak mandi sungai atau laut sejak beberapa tahun kebelakangan nie.Kalau kolam is okay lah.Sebelah petang memang best kalau pergi ronda-ronda kat Kampung Perak,Anak Kurau atau kampung-kampung yang dekat dengan area situ.Tengok sungai dan sawah padi,memang best!Rasa tenang aja bila lepak kat situ.Sekian dulu buat kali nie,jumpa lagi..papai!

Post a Comment

0 Comments