Fenomena Ekuinoks Punca Panas Melampau

Assalamualaikum, hai semua. Pagi tadi cuaca agak mendung dan redup tapi masih ada rasa berbahang. Rupanya hari nie dikatakan akan berlaku Fenomena Ekuinoks Punca Panas Melampau. Bermula antara pukul 12 tengahari hingga 2 petang nanti dikuatiri akan meningkatkan lagi suhu panas kat negara kita sekarang nie. Harap korang semua pun hati-hati dengan Fenomena Ekuinoks nie tau.. boleh jadi bahaya kalau dah terlampau panas..

Fenomena Ekuinoks Punca Panas Melampau
Fenomena Ekuinoks Punca Panas Melampau
Suhu akan lebih tinggi hari nie boleh mencecah sehingga 40 darjah Celsius di beberapa negeri mengikut kata Ketua Pengarah Jabatan Metrologi Malaysia,Datuk Che Gayah Ismail.  Ekuinoks nie berlaku bila waktu siang dan malam sama panjang wakktunya di garisan khatulistiwa. Fenomena ini jugak berlaku setiap tahun sebanyak dua kali pada satu garis lintang tertentu. Patut lah panas melampau aja sekarang nie kan..

Kak Sue nak ingatkan pada diri sendiri dan korang semua kalau nak keluar melakukan aktiviti di luar tu hati-hati lah ye. Banyakkan minum air kosong dan dari terkena terus pada cahaya matahari. Kalau boleh elakkan lah aktiviti di luar, bukan apa kadang bila terlampau panas boleh buat kita jadi tak sihat pulak kan. Okay lah jumpa lagi nanti,take care semua..papai!

Post a Comment

1 Comments

  1. salam kak memang cuaca sekrang ni, pagi tu nampak ok je..redup tapi tang petang panas lain macam je

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️