Tafsir Jamal berkata Masruq "Siapa ingin mengetahui cerita orag terdahulu dan orang terkemudian,serta ahli syurga dan ahli neraka,penduduk dunia dan akhirat,maka bacalah surah Al Waqiah". Iman Jaafar pula berkata "Sesiapa membaca surah Al Waqiah pada waktu pagi ketika keluar dari rumah untuk bekerja atau untuk mencari keperluan mak Allah mempermudahkan rezekinya dan mendatangkan hajatnya.Dan sesiapa yang membaca surah ini pada pagi dan petang maka ia tidak akan kelaparan atau kehausan dan tidak takut terhadap orang yang akan memfitnah,sedangkan fitnah kembali pada orang lain"
Dan di sebut dalam Khawashul Quran,sesiapa yang membaca surah Al Waqiah sebanyak 41 kali dalam satu majlis,maka di tunaikan hajatnya terutama urusan rezeki.Dan sesiapa membaca surah ini sesudah solat asar sebanyak 14 kali dalam satu majlis maka di tunaikan hajatnya,terutamya urusan rezeki.Aturan tersebut adalah mujarab.Jika ingin di tunaikan rezeki kita daripada Allah dengan tidak di sangka-sangka datagnya,maka bacalah surah Al Waqiah selama 40 hari berturut-turut jangan terputus dan setiap harinya di baca 40 kali
Dengan mewiridkan surah Al waqiah sebagai bacaan rutin setiap hari dan malam,maka Allah menjauhkan kefakiran selamanya.Saad Al mufti mengatakan bahawa hadis ini sahih Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud "Sesiapa (membiasakan) membaca surah Al-Waqiah maka ia tidak akan kefakiran selamanya". Semoga bermafaat untuk semua.
0 Comments
Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️