Seawal pagi Kak Sue,Mak dan Acik dah keluar ke pasar beli barang mentah untuk di masak sebagai bekal untuk berkelah nanti.Siap masak agak awal bila Kak Sue dan keluarga main memasak bersama kat dapur,memang seronok..ehehe.Cuaca hari nie dari pagi agak mendung memang sesuai nak buat aktiviti luar.Cuma bila kami dah siap masak tetiba hujan la pulak,dah rungsing macam mana nak keluar nie,nak berseronok punya pasal nanti ada yang demam pulak..Sampai Taman Tasik hujan renyai boleh lah turunkan barang dan makan ramai-ramai..seronok betul!
Bergambar kenangan dengan Mak dan adik-adik Kak Sue,Alang,Ateh n Acik..sayang selalu
Keluarga Kak Sue yang tersayang..happy sangat lah nie dapat berkumpul ramai-ramai
Keluarga Ateh,adik Kak Sue no lima..paling pendiam dan sangat rajin..sayang selalu..
Cucu-cucu Tok pah,Kakak Tasha,Kakak Wanie dan Si kembar..Adik,Kakak..
Tok Pah dengan cucu-cucu dan cicit..semoga mak dan abah di beri kesihatan yang baik dapat melihat kami semua berkumpul ramai-ramai macam nie lagi
Seronok bercuti di kampung kali nie,dapat berkumpul,berbual dan masak ramai-ramai,memang meriah betul.Selalu ada aja yang tak dapat join sama,nie pun adik beradik lelaki Kak Sue tak dapt join sebab ada aktiviti lain.Semoga keluarga Kak Sue sentiasa dalam rahmat allah dan berbahagia selalu..aamiin ya rabb..sayang semua!!
1 Comments
salam ,moga terus dilimpahi kasih sayang kak, seronok dapat kumpul ramai -ramai
ReplyDeleteTerima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️