Cara Solat Sunat Rawatib

Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi Cara Solat Sunat Rawatib pula dengan korang. Sebelum nak kongsi cara solat sunat Rawatib nie Kak Sue akan terangkan sikit maksud solat sunat nie pada korang dulu okay. Jom..

Cara Solat Sunat Rawatib
Cara Solat Sunat Rawatib

Cara Solat Sunat Rawatib

Solat sunat Rawatib nie adalah solat sunat yang kita kerjakan sebelum dan selepas solat fardhu. Setiap solat sunat ini  ada dua rakaat dan satu salam. 

Solat sunat Rawatib nie terbahagi kepada dua tau korang. Pertama solat  sunat yang dipanggil Qalbiyah yang dilakukan sebelum solat fardhu, manakala solat sunat Ba'diyyah dilakukan selepas setiap solat fardhu.

Dengan mengamalkan solat sunat Rawatib nie diharap dapat lah kita semua menampung segala solat fardhu kita yang ada kalanya tak berapa nak dapat markah penuh tu kan.

Maklum lah kadang dengan solat tak berapa nak kusyuk, solat diakhir waktu dan solat dalam keadaan tergesa-gesa. Haih, tak tau lah apa nak jadi lah kita nie kan . Kak Sue sendiri pun lalui semua keadaan nie, ampunkan kami Ya Allah. Kami memang pendosa..

Semoga selepas ini kita semua dapat perbaiki lagi solat kita agar lebih baik lagi dari sebelum nie ya. Dan Kak Sue harap dengan perkongsian yang sedikit dari Kak Sue nie dapat memberi manfaat kepada semua. Jumpa lagi next entri ya..

Post a Comment

1 Comments

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️