Dataran Warisan Taiping

Assalamualaikum semua,pertama kali Kak Sue singgah ke Dataran Warisan Taiping atas permintaan anak-anak minggu lepas kebetulan balik kampung Kak Sue menjemput anak-anak.Suasana pada malam minggu kat situ agak meriah dengan pelbagai telatah pengunjung.Rata-rata yang datang ke sini bersama keluarga menghabiskan cuti hujung minggu.Dataran Warisan Taiping nie betul-betul terletak berhampiran dengan Taman Tasik Taiping kira kalau nak jalan kaki pun dekat aje.Kalau nak ke bandar Taiping pun tak jauh jugak,kira memang terketak di tempat yang strategik la jugak semua dekat..

Selain melepak bersama keluarga di sini,kita juga boleh menyewa pelbagai perkhidmatan untuk beriadah seperti roller blade,scooter untuk kanak-kanak dan buih gergasi.Roller Blade boleh disewa dengan harga RM10.00,scooter kanak-kanak RM5.00 dan buih gergasi RM2.00 sahaja..memang seronok tengok gelagat anak-anak.Sampai tak sedar dah lewat malam.

Sebelah kanan Dataran Warisan Taiping pula ada night market yang menjual pelbagai pilihan barangan seperti pakaian,tudung,wangian,makanan,minuman dan macam-macam lagi.Kak Sue dan family singgah kat food truck nie nak rasa coffee aje,bekal untuk anak-anak nanti dahaga kan..kata Adik sedap coffee tu,lain kali boleh la singgah beli lagi.Pada korang kalau ada travel ke Taiping jangan lupa singgah sini tau,malam minggu korang tak lah bosan lagi..ehehehe..Jumpa lagi,papai!

Post a Comment

1 Comments

  1. Assalamualaikum...seronok pula tgk...ada lokasimenarik juga di Taiping...terima kasih kongsi cerita...

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️