Kelab Blogger Ben Ashaari Sentiasa DiHati

Assalamualaikum semua, bulan Mac hari tu cukuplah setahun Kak Sue join Kelab Blogger Ben Ashaari. Kak Sue rasa berbangga dalam banyak-banyak orang yang nak join KBBA Kak Sue antara yang terpilih pada masa tu. Sebenarnya kan setiap orang yang nak join KBBA akan ditapis dan disiasat oleh founder KBBA iaitu Encik Ben Ashaari sendiri. Ada beberapa soalan dan task yang akan diberi kepada kita nanti. Kalau lulus semua soalan dan task, kita akan dimasukkan ke dalam Group Official KBBA..


Kelab Blogger Ben Ashaari Sentiasa DiHati

Proses pemilihan apabila dimasukkan ke dalam group whatsap terlebih dahulu. Disitu ada beberapa perkara akan ditanyakan dan kalau kita layak dan dapat menjawab soalan seperti yang dikehendaki maka kita akan terpilih ke Official KBBA Whatsapp Group. Disitu kita akan berkenalan dengan blogger yang lain dan berkongsi berbagai tips berblogging dan bermacam ilmu dan info. Dalam KBBA kami semua dianggap seperti sebuah keluarga yang besar sentiasa menolong dan menyokong antara satu sama lain. Pertama kali join event KBBA ialah KBDO KBBA memang meninggalkan kenangan yang sangat manis dalam hidup Kak Sue. Selepas itu banyak lagi lah event-event dan khimat masyarakat yang Kak Sue sertai secara tak langsung bawah KBBA..






Terima kasih +Ben Ashaari kerana sudi memilih Kak Sue antara mereka yang lain.Kak Sue sangat berbangga dapat bersama dengan ahli keluarga KBBA. Kalau diingatkan kembali salah satu soalan yang ditujukan untuk Kak Sue join KBBA adalah untuk mengembangkan lagi bisnes Kak Sue dan rasanya Alhamdullilah dengan izin Allah dan support dari KBBA bisnes Kak Sue semakin berkembang. Alhamdullah, terima kasih tak terhingga untuk Ben dan KBBA!! Sentiasa Bersama KBBA9...

Post a Comment

5 Comments

  1. bertuah berada di kalangan kbba kan kak sue.. banyak info, nasihat, kongsi segala dengan kbba..yoorin pon dah genap setahun join kbba.. seronok!

    ReplyDelete
  2. salam tahniah kak moga bertambah maju bisnes

    ReplyDelete
  3. Betul kak, syukur dan rasa bertuah dpt jadi sebahagian drpd keluarga KBBA. Harap ukhwah diantara kita akan kekal sampai bila bila

    ReplyDelete
  4. Lebih kurang sama kita kak sue.. dah setahun.. hehehe.. alhamdulillah kita dberi peluang kan kak.. :)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️