Mimpi Kita

Assalamualaikum semua..dalam hidup kita tentu kita pernah impikan untuk memiliki sesuatu perkara atau benda yang kita idamkan.Dalam setiap perkara yang kita impikan dan idamkan kita kena atau harus berkerja keras dan ikhlas untuk mendapatkannya.Apabila kita bekerja dengan ikhlas,kerja kita jadi mudah dan menyeronokkan.Ada juga kerja atau perkara bukan mudah dan murah,tapi ia berbaloi untuk kita usahakan..jadi tepuk dada tanya hati dan iman..eceh..ehehe..Apabila kita lebih fokus dalam setiap perkara dalam hidup kita,apa yang kita impikan InsyaAllah satu hari nie nanti bukan lagi mimpi kita,tapi jadi realiti...

Untuk diri Kak Sue kalau Kak Sue inginkan benda atau perkara dalam hidup,Kak Sue akan berusaha sehingga Kak Sue berjaya mendapatkannya.Itu prinsip hidup Kak Sue biar payah macam mana sekali pun..Sesudah kita berusaha,kita berdoa dan bertawakal.Kalau apa yang kita impi masih tak jadi realiti selepas kita buat semua tu,kita anggap aja bukan rezeki kita lagi buat masa ini berlapang dadalah.Kak Sue bersyukur sesetengah mimpi Kak Sue ada yang dah menjadi realiti dalam hidup Kak Sue,Alhamdullilah!Semoga kita dapat mencapai mimpi kita ya,sekian sembang-sembang Kak Sue untuk kali nie.Jumpa lagi..papai!

Post a Comment

1 Comments

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️