Assalamualaikum semua,cuti sekolah anak-anak teruna Kak Sue tamat beberapa hari lagi.Untuk kali nie katanya undang-undang asrama baru lebih ketat dari sebelumnya supaya anak-anak lebih berdisplin dan lebih baik dari segi pelajaran serta hafazan.Sebenarnya Kak Sue agak suka dengan idea "undang-undang asrama lebih ketat" cumanya Kak Sue berharap biarlah kena dengan caranya dan pelajar serta ustaz dapat menerimanya tanpa tekanan..
Kak Sue tak mahu nak ulas lebih-lebih lagi sebab mungkin ustaz kat situ lebih arif dengan setiap tindakan yang bakal di buat.Apa yang Kak Sue harapkan sebagai ibu bapa kami semua diminta bersabar dengan setiap tindakan dan ujian,begitu juga untuk anak-anak Kak Sue dan ustaz itu sendiri.Kita semua sedang menuju ke jalan Allah,maka Kak Sue berharap setiap perbuatan,percakapan dan tindakan sentiasa dalam keredhaan Allah.Semoga anak-anak Kak Sue,pelajar lain juga dan ustaz sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah serta di mudahkan setiap urusan baik di dunia atau akhirat nanti..Seperti sebelum nie Kak Sue ada kongsi kat sini setiap perkara yang baik,jalan Allah bukan lah mudah dan murah.Kak Sue doakan semoga Allah kuatkan dan sabarkan hati kami semua..aamiin ya rabb!
1 Comments
salam , semoga apaapa yang dilakukan bawa kebaikan pada semua . Aamiin
ReplyDeleteTerima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️