Assalamualaikum semua,hari nie Kak Sue mendapat jemputan dari Restoran Istana Bambu untuk pelancaran buffet ramadhan kat sana.Seperti setiap tahun Restoran Istana Bambu tema "Indahnya Ramadhan" bersempena bulan Ramadhan yang bakal tiba tak lama lagi..
Apa yang menarik minat Kak Sue di Restoran Istana Bambu nie kan,keunikan dekorasi restoran tradisi kampong bambu,boleh duduk di meja atau bersila di gazebo.Restoran ini juga boleh memuatkan sehingga 600 tetamu pada satu-satu masa serta menyediakan lebih 70 jenis menu berbuka puasa dengan banyaran yang amat berpatutan.
Kambing Golek antara menu istimewa
Ikan Patin Masak Tempoyak
TomYam Campur
Butter Prawn
Lala Bercili
Restoran Istana Bamboo menyediakan pelbagai masakan ala kampung hingga ke masakan Cina,Thai dan Arab.Antara menu istimewa adalah kambing golek,ayam bakar sunda,patin tempoyak,asam pedas istimewa,masak lemak daging salai serta pelbagai masakan laut resepi Istana Bambu yang sentiasa mendapat sambutan dan kegemaran utama pengunjung.Terdapat juga berbagai pilihan kuih muih tradisional yang pasti membuka selera semua..
Sepanjang bulan Ramadhan nanti,Restoran Istana Bambu akan dibuka dari 6 petang sehingga 10 malam.Tempahan telah mula dibuka dan tempahan awal dialu-alukan,serta dibuka untuk organisasi korporat,individu dan berkumpulan.Tempahan untuk Rumah Terbuka Aidilfitrijuga telah mula dibuka sekarang.Selain dari itu Majlis Resepsi Perkahwinan,Jamuan Korporat,Majlis Hari jadi dan sebagainya dibuka sepanjang masa.Ada juga disediakan surau yang selesa dan parking yang luas disekeliling restoran untuk kemudahan pelanggan...
Restoran Istana Bambu
Harga Buffet dewasa - RM55.60
Harga Buffet Kanak-kanak - RM28.35
Kanak-kanak umur 4 tahun kebawah percuma
Alamat
Lot 841-842,MRR2,Jalan Ampang Ulu Kelang
68000 Ampang,Selangor
aida@istanabambu.com.my
info@istanabambu.com.my
Website
www.istanabambu.com
Istana Bambu Restaurant
No Telefon
012 - 2497142
03 - 42524718
2 Comments
Mmmm.... Nina paling suka kerabu mangga dia. Sedapnya!
ReplyDeletesedap dan murah ni kak
ReplyDeletehttp://www.azlindaalin.com/
Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️