Hari Kesihataan Penghadaman Sedunia ~ Info Yang Perlu Ibubapa Ketahui

Assalamualaikum,hai semua. Hari nie Kak Sue nak kongsikan sedikit info tentang Hari Kesihatan Penghadaman Sedunia, Info Yang Perlu Ibubapa Ketahui betapa pentingnya usus yang sihat kepada anak-anak kita. Usus yang sihat adalah penting untuk membantu anak-anak kita mencerna atau menyerap nutrien daripada makanan. Salah satu penunjuk kesihatan usus anak kita adalah dengan najis mereka. Haa.. korang memang akan rasa geli dan menjijikan tapi ia merupakan penunjuk utama terhadap kesihatan usus anak kita tau.

Hari Kesihataan Penghadaman Sedunia - Info Yang Perlu Ibubapa Ketahui
Hari Kesihataan Penghadaman Sedunia - Gambar sumber Google

Hari Kesihatan Penghadaman Sedunia - Info Penting Yang Perlu Ibubapa Ketahui


Tahun nie sempena Hari Penghadaman Sedunia dikhususkan bagi meningkatkan tentang kepentingan dan manfaat kesihatan penghadaman yang baik untuk anak-anak kita. Bila kita bercakap tentang tabiat membuang air besar, ia bukanlah satu topik yang menarik untuk dibincangkan. Mungkin kita tak peduli pun tentang najis anak kita yang mana adakah normal atau tidak.

Najis adalah bahan buangan yang dikhumuh dari usus selepas makanan dihadamkan. Keadaan najis akan berbeza seperti hari mengikut apa yang kita makan. Dengan memantau perubahan bentuk, saiz, warna, kekerapandan kosenstasi najis meraka, kita akan dapat tahu tahap kesihatan usus anak kita dan pada masa yang sama memastikan kesihatan dan kesejahteraan mereka secara menyeluruh.
Sumber dari Bristol Stoll Chart

Carta Bristol -
merupakan petunjuk yang sering digunakan oleh pakar pediatrik dan carta ini dapat membantu kita mengenal pasti jenis-jenis najis.

• Jenis 1 dan 2 menandakan risiko potensi mengalami sembelit.

• Jenis 3 dan 4 adalah jenis normal menandakan usus sihat.

• Jenis 5, 6 dan 7 menandakan risiko potensi berlakunya jangkitan atau cirit birit, dimana kita dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat doktor demi kesihatan anak kita.

Mari kita bercakap tentang sembelit dan tanda-tandanya. Sembelit dikalangan kanak-kanak selalunya melibatkan gangguan pada kekerapan, kesukaran serta kesakitan ketika membuang air besar atau tidak membuang air besar dengan sempurna. Keadaan ini membuatkan anak kita menahan diri dari membuang air besar dan akhirnya menyebabkan masalah sembelit  menjadi bertambah teruk.

Ibu bapa dinasihatkan supaya memerhati tanda-tanda yang anak kita cuba menahan diri daripada membuang air besar seperti mencangkung, mengoyangkan badan, berjalan kejang atau menyilangkan kaki (*iii)

Kepentingan dalam langkah pencegahan sembelit antara faktor-faktor yang menyumbang berlakunya sembelit adalah seperti perubahan diet, tahap tumbesaran, masalah persekitaran, keadaan emosi atau penyakit. Berikut adalah beberapa perkara yang boleh kia lakukan bagi mengelak anak kita mengalami semebelit dan mengekalkan usus yang baik.

Diet Sentiasa sediakan makanan yang kaya dengan serat seperti makanan bijirin penuh, buah-buahan dan sayur-sayuran untuk diri kita sendiri dan juga anak. Kanak-kanak antara 3-6 tahun dinasihati untuk makan 2 hidangan buah-buahan dan 2 hidangan sayur-sayuran setiap hari(*iv). Ibu bapa memainkan peranan penting dalam mempengaruhi tabiat pemakanan anak-anak mereka. Jika anak kita melihat kita makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran, mereka pasti akan mencontohi kita. Oleh yang demikian, adalah penting untuk  kita menunjukkan teladan yang baik kepada anak kita sendiri.

Air - Kekurangan pengambilan air boleh mengakibatkan sembelit. Oleh yang demikian adalah sangat penting untuk memastikan anak kita kekal terhidrat. Anak-anak antara 2-3 tahun, dinasihati untuk minum 1-2 gelas air kosng sehari untuk anak-anak berusia 4 tahun ke atas dinasihati untuk minum 6-8 gelas air kosong sehari (*iv)

Latihan Menggunakan Tandas - Kajian menunjukkan terdapat dua tempoh peralihan di mana anak-anak kita cenderung untuk mengalami sembelit,pertama ialah semasa mereka sedang berlatih menggunakan tandas dan ketika mula bersekolah.Ibu bapa dinasihatkan agar kerap melatih anak mereka mengunakan tandas seperi selepas bangun pagi atau 10 hingga 30 minit selepas makan.(*vi)Sekiranya anak kita kerap membuang air besar yang lembut ai merupakan salah satu tanda menunjukkan usus yang sihat

Prebiotik - Kajian menunjukkan bahawa prebiotik seperti frukto-oligosakarida (FOS) dan galakto-oligosakarida (GOS) dapat membantu melembutkan najis bagi membantu melembutkan najis bagi memudahkan membuang air besar(*vii). Campuran prebiotik oligosakarida GOS/IcFOS (9.1) membantu meningkatkan bifidobakteria dalam usus seterusnya membantu mengekalkan persekitaran usus yang baik.(*viii) Sekira anak kita mempunyai usus yang sihat,mereka tidak akan kerap mengalami masalah penghadaman termasuk sembelit.

Sebagai kesimpulan, penghadaman yang baik adalah kunci utama bagi memastikan kesihatan dan kesejahteraan anak kita secra menyeluruh. Bagi menetapkan asas untuk kehidupan yang sihat,kita perlu memastikan anak kita mengambil makanan berserat air dan makanan yang mengandungi prebiotik. Kita masih belum terlambat untuk melakukan perubahan.Jom kita utamakan kesihatan usus anak kita.

Haa.. menarik kan, semoga perkongsian entri Kak Sue kali ini beri manfaat kepada ibu bapa semua. Jumpa lagi next entri, papai!

*Sumber Dari*
i - Van den Berg MM,Benninga Ma,Di Lorenzo C. Epidemilogy of Childhood Constipation : A Systematic Review. Am J Gastroenterol 2006: 101 (10) : 2401-9
ii - SJ Lewis et al.Scand.J. Gastroenterol. Stool from scale as a Useful Guide to Intestinal Trnasit Time. 1997 ; 32 (9) : 920-4
iii - A Rowan-Legg;Managing Functional Constipation in Children.Canadian Paediatric Society Community Paediatrics Committe,Prediatr Child Health 2011;16 (10):661-5
iv - Malaysian Dietary Guidelines for Children and Adolescents 2013
v - Nort American Society for Pediatric Gastroenterology,Hepatology and Nutrition.Evaluation and Treatment of Constipation in Children : Summary of Updated Recommendations of the North American Society for Pediatric Gastroenterology,Hepatology and Nutrition. J Pediatr Gastroenterol Nutr 2006,43;405-7
vi - Conspation in Children. National Digestive Diseases Information Clearinghouse (NDDIC)
vii - Moro G et al.Dosage-related Bifidogenic Effects of Galacto- and Fructooligosaccharides in Formula-fed Term Infants.J Pediatr Gastroenterol Nutr.2002;34 (3):291-5
viii - Guide to Nutrition Labelling ang Claims,Food Safety and Quality Division,Ministry of Health Malaysia (2010)











Post a Comment

2 Comments

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️