Nasib Peniaga Di Stadium Shah Alam - 3


Assalamualaikum semua,sampai sudah hari yang ditunggu-tunggu Final Piala FA antara JDT dan PKNS.Macam biasa kami semua peniaga kiosk perlu mendaftarkan diri sebelum pukul tiga petang.Suasana di stadium Shah Alam agak meriah dan terkawal.Kak Sue dan Abang Man tawakal aja kali nie,tak mahu berharap apa-apa,barang jualan pun buat tak banyak,takut kisah yang sama sebelum nie berulang lagi..modal pun terbenam!
Selesai pemeriksaan kami pun setting barang macam biasa.Kali nie lori ais agak lambat sampai ke kiosk kami.Dari kiosk Kak Sue nampak penyokong JDT dah berbaris panjang diluar pagar.Nampak juga beberapa securiti bertulis MP dibaju mereka dan ditempatkan disetiap pagar.Dalam hati Kak Sue berharap biarlah sampai habis game mereka kat situ,tak mahu macam sebelum nie lepas magrib semua hilang..huhuhu...
Alhamdullilah,kali nie pihak MBSA dah lakukan sedikit perubahan,sebab berkurangan lah sikit peniaga rambo di kiosk kami.Agak mustahil kalau kami peniaga kiosk mengharapkan tiada langsung peniaga rambo dalam stadium,tapi usaha mengurangkan amat kami hargai dan berpuashati.Terima kasih MBSA kerana mendengar luahan hati kami peniaga kisok Stadium Shah Alam.Harap akan berterusan untuk masa akan datang..

Post a Comment

3 Comments

  1. salam moga terus dimudahkan rezeki kak

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah...teruskan buat diari kat sini kak..ada yang share nnt

    ReplyDelete
  3. Semoga dimurahkan rezeki kak

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️