Selamat Hari Pekerja

Assalamualaikum, hai semua. Selamat Hari Pekerja pada semua yang berkerja dan bercuti hari nie. Minggu nie cuti panjang jadi dapatlah kita pergi bercuti atau balik ke kampung bersama keluarga. Kak Sue tak dapat nak bercuti atau balik kampung sempena Hari Pekerja nie memandang si manja Kak Sue belum sihat sepenuhnya. Biasalah kan waktu cuti macam nie lah kita ambil kesempatan luangkan masa dengan keluarga kan..


Selamat Hari Pekerja
Selamat Hari Pekerja

Selamat Hari Pekerja

Bila ada cuti umum macam cuti Hari Pekerja nie dapat lah kita plan nak kemana-mana dengan keluarga atau kawan-kawan kan. Tak dapat bercuti atau balik kampung dapat makan-makan bersama pun dah cukup baik. Tak kira lah masak-masak dirumah atau makan kat luar, janji dapat luangkan masa sama-sama. Tapi dah nama pun cuti, cuti masak lah terus kan. Sesekali.. hehehe..

Selalu kita asyik sibuk bekerja dan masa agak terbatas sikit untuk keluarga kan. Macam Kak Sue nie lagi lah, hari-hari bekerja tak ada cuti pun. Dah nama pun surirumah kan.. tapi tak apa anggap kerja yang kita buat kat rumah tu sebagai ibadah. Dapat pahala lagi kan. Keluarga dan anak-anak pun terjaga dan depan mata. Korang yang plan nak balik kampung atau bercuti hati-hati memandu tau. Semoga selamat pergi dan selamat balik.. jumpa lagi nanti, papai!

Post a Comment

1 Comments

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️