Surah-Surah Amalan Harian

Assalamualaikum, hai semua. Dalam rutin harian kita pasti ada Surah-Surah Amalan Harian yang kita amalkan setiap hari kan. Kali nie Kak Sue nak kongsi Surah-Surah Amalan Harian yang boleh kita semua amalkan sama-sama. Jom kita baca kat bawah jom..

Surah-Surah Amalan Harian
Surah-Surah Amalan Harian

Surah-Surah Amalan Harian

Sebenarnya kan Kak Sue terima hadiah buku surah-surah amalan harian nie dari salah seorang kawan sekolah Kak Sue. Seronok sangat bila ada kawan yang sudi hadiahkan buku yang sangat memberi manfaat pada Kak Sue. InsyaAllah, Kak Sue akan usaha dan terus istiqomah amalkan surah-surah amalan hari nie sebagai amalan setiap hari..

Surah Al Kahfi
Daripada Ali a.s berkata "Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka dia akan terhidar daripada segala fitnah sehingga lapan hari yang datang walaupun Dajjal keluar, dia akan terhidar daripadanya" Tafsir Ibn Kathir.

Surah Al Sajadah
Antara beberapa surah dalam Al-quran yang mengandungi ayat Sajadah iaitu ayat yang disunatkan Sujud Tilawah bagi seseorang yang sedang membacanya, sama ada ketika solat atau tidak.

Terdapat juga beberapa hadis Rasullulah s.a.w yang menerangkan fadilat, faedah dan hikmah untuk meraka yang mengamalkan surah ini, baginda tidak akan tidur sebelum membaca surah ini dan juga surah Al-Mulk, yang melindungi kita daripada seksa kubur, mendapat pahala yang besar seperti pahala mereka yang tetap solatnya pada malam Lailatul Qadar, mendapat hidayah ilmu yang yakin dan dikurniakan cahaya atau nur pada kita semasa ia mati.

Surah Yasin
Rasullulah s.a.w bersabda "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati Al-Quran itu ialah Yasin. Sesiapa yang membaca surah Yasin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca Al-Quran sebanyak 10 kali dan ada banyak lagi kelebihan sebenarnya bila kita membaca surah Yasin nie. Kat atas nie hanya salah satu khasiat yang Kak Sue kongsikan kat sini tau..

Surah Dhukan
Daripada Abi Hurairah a.s berkata,Nabi s.a.w telah bersabda "Sesiapa yang membaca surah Al-Dhukan pada waktu malam maka esoknya 70,000 malaikat akan minta ampun baginya"..

Surah Al Rahman
Rasullulah s.a.w bersabda "Sesiapa yang membaca surah Al-Rahman, Allah akan menyaynagi kelemahannya dan meredhai nikmat yang dikurniakan padanya" Tafsir Nur Al-Thaqalain 5/187

Surah Al Waqiah
Rasullulah s.a.w bersabda bermaksud "Sesiapa membaca surah Al-Waqiah setiap malam, maka tidak akan menimpa kepadanya kepapaan. Dan surah Al-Waqiah ialah surah kaya, maka bacalah dan ajarkanlah kepada anak-anak kamu"..

Surah Al Mulk
Rasullulah s.a.w bersabda yang bermaksud "Sesiapa membaca surah Al-Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai peganti untuk bersoal jawab dengan Mungkar Nakir"..

Haa.. banyak faedah dan fadhilat yang boleh kita dapat dengan mengamalkan bacaan surah-surah yang Kak Sue kongsi kat atas nie kan. Terima kasih kepada kawan Kak Sue atas hadiah yang sangat bernilai dan menjadi kesayangan Kak Sue nie. Semoga pahala berpanjangan untuk kawan Kak Sue tu dan semoga kita semua terus istiqomah untuk menjadi lebih baik setiap hari. Aamiin Ya Rabb.. 

Post a Comment

1 Comments

  1. salam ,

    hadiah yang mengalir pahala buat sipemberi dan penerima :)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️