Kak Sue sampai dah agak lewat,tapi masih sempat lah nak buat order.Pelanggan pun agak ramai hari nie,Kak Sue pilih lepak bahagian atas.Deko kat cafe nie memang menarik dan santai.Cuma mungkin orang agak ramai,dengan masa yang lewat mereka dah nak tutup order sebab Kak Sue diberitahu akan tutup order pada 9.45pm.Order yang Kak Sue buat salah dua kali,cuma rasa terubat hati cara staff menangani masalah ketika itu buat Kak Sue tak jadi nak marohhhh!ehehehe..maklum lah birthday suami kan,kita nak semua cun!Dah la yang salah order tu birthday boy punya order..eh boy ke lagi..hahaha..sib baik lah beliau tak kisah seperti selalu..
Menu kat sini ada pelbagai pilihan dan menu-menunya memang sedap.Korang boleh pilih samada nak makan melayu atau westren food..Jom kita tengok apa yang kami order..
Nasi Goreng untuk birthday boy
Grilled Salmon & Chicken Salad untuk Kak Sue
Spaghetti Alio Olio With Seafood untuk Kakak
Charbroiled Rib Eye untuk Abang
Spring Chicken In French Style untuk Adik
Tempura Shrimp saja order extra..ehehe
Kak Sue puashati dengan layanan dan makanan kat sini,staff ramah dan makanan pun sedap.Suasana cafe santai,tak crowded sangat.Kalau kita nak lepak sembang-sembang dengan family pun sesuai.Pada korang yang datang kat sini bolehlah ke Wangsa Walk,Wangsa Maju.Kalau dari parking pun memang dah boleh nampak U-Cafe nie.Kak Sue sertakan sekali alamat cafe kat sini,jangan lupa singgah sini tau!Papai..!
U - Cafe Wangsa Maju
GL_06 Wangsa Walk, Wangsa Avenue
No 9, Jalan Wangsa Perdana 1, Bandar Wangsa Maju
53300 Kuala Lumpur
0 Comments
Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️