Berbuka Puasa Bersama Keluarga di Tanjung Keramat

Assalamualaikum semua,Alhamdullilah Kak Sue bertolak awal pagi tadi selepas bersahur.Jalan tak jammed walaupun kereta dah mula banyak memasuki lebuhraya.Kami selamat sampai ke kampung Abang Man dalam pukul lapan lebih pagi.Penat semalam mengemas rumah masih terasa nie.Selepas bertanya khabar mak dan keluarga di kampung..tidur lah sekejap..ehehe..

Hari nie tak tahu nak masak apa,ingat nak masak simple-simple aja untuk berbuka,tapi tetiba adik Abang Man bagi cadangan berbuka di rumah Abang Mas,abang sulung Abang Man.Rasanya belum pernah berbuka lagi kat rumah Abang Mas,idea yang baik nie..Terima kasih Abang Mas sekeluarga sudi terima kami berbuka puasa ya,makanan semua sedap-sedap..Sesekali dapat berkumpul makan dan solat berjemaah bersama memang seronok..Tahun depan jemput lagi ya.. ;)

Post a Comment

0 Comments