Melepaskan Rindu Lagi..

Assalamualaikum semua,hari nie Kak Sue berkesempatan melepaskan rindu lagi pada Adik..Sebenarnya kebetulan Kak Sue menghadiri rumah terbuka salah seorang geng KBBA sebelumnya,jadi Kak Sue terus singgah sekejap nak melawat Adik..Sekolah baru agak ketat sedikit peraturannya,tidak dibenarkan melawat anak-anak di situ tanpa kebenaran mudir atau ustaz yang bertanggung jawab di situ..tapi tak tahan menanggung rindu Kak Sue terpaksa curi-curi jumpa Adik sekejap..ehehehe..jangan tiru aksi ini okay!Nak tunggu ziarah dan outing rasa macam lambat sangat..huhuhu..

Pihak sekolah ada menyediakan jadual bagi aktiviti ziarah,outing dan cuti ..jadi semua ibu bapa boleh rujuk jadual yang disediakan dan dikongsi di group whatsapps ibu bapa.Segala aktiviti dan perkembangan anak-anak sentiasa akan di up date dari masa ke semasa.Jadi tak ada lah ibu bapa bimbang kan.Suasana di asrama pun selesa dan bersih..itu yang paling penting bagi Kak Sue,kalau selesa dan bersih..anak-anak pun rasa tenang dan selesa nak belajar kan..Begitu juga dengan kemudahan yang lain,Alhamdullilah semuanya melegakan hati Kak Sue.

Semoga semua anak-anak di sekolah tersebut sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah,dipermudahkan semua urusan,ditenangkan,diterangkan dan ditabahkan hati mereka semua..aamiin ya rabb..

Post a Comment

0 Comments