Raya Masih Meriah di Tanjung Keramat

Assalamualaikum semua,masih beraya di kampung Abang Man di Tanjung Keramat.Raya kat sini masih meriah dengan tetamu yang datang dari jauh dan dekat.Setiap tahun macam nie lah keadaan di kampung Abang Man.Walaupun letih tapi seronok bila melihat tetamu yang datang menjamu selera dan dapat berkenalan dengan saudara mara sebelah sini pula.Ada yang Kak Sue masih belum kenal lagi tau..ehehe..Hari nie menu pecal dan lauk pauk lain..kira hari nie kita jamu nasi ajalah untuk tetamu..

Tahun nie kami sekeluarga tak berkesempatan nak ikut baraan kat kampung nie.Pada korang yang tak tahu apa itu baraan,baraan ialah beraya beramai-ramai dari rumah ke rumah mengikut giliran...memang meriah.Tahun lepas merupakan tahun pertama Kak Sue ikut baraan sejak dari mula Kak Sue berkahwin dengan Abang Man..Sebelum nie rasa macam tak tertarik dan tak berkesempatan nak ikut.Cuma tahun lepas anak-anak Kak Sue dan anak buah yang beraya kat sini teruja sangat nak ikut jadi Ibu pun join sekali lah..Seronok tau beraya beramai-ramai macam nie,siap ada anggota RELA yang akan menjaga lalu lintas lagi..Hari nie ada tiga keluarga yang datang beraya dan selepas semua tetamu pulang..giliran Kak Sue dan keluarga pula beraya rumah sedara lain berdekatan rumah..



Maaflah Mak dan Bapak kami tak dapat beraya lama tahun nie,InsyaAllah tahun depan umur panjang giliran raya pertama disini pula ya.Terima kasih untuk Mak,Bapak dan semua keluarga menjamu kami makan buah-buahan kat kampung..ada rambutan,durian dan mancang..dapat juga merasa.Terima kasih sekali lagi..nanti kami balik lagi ya..

Post a Comment

1 Comments

  1. Tak lama lagi nak raya seronok pula baca entri raay ahehehe

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️